in

“Diadakan setiap tahun” – Video Konsert Di Kelantan Tular, Rupanya Ia Acara Keagamaan?

Konsert Kelantan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila terdapat beberapa potongan video yang tular memaparkan beberapa orang wanita berpakaian seksi sedang membuat persembahan dalam satu konsert yang dikatakan diadakan di Kelantan.

Belum reda dengan kontroversi penganjuran konsert Coldplay, tular pula berkenaan isu konsert tersebut.

Pun begitu, selepas menerima kecaman hebat daripada netizen berkenaan penganjuran konsert tersebut, seorang individu tampil menceritakan berkenaan konsert yang diadakan di Kelantan itu.

Difahamkan, konsert tersebut merupakan salah satu upacara dalam majlis keagamaan kaum Buddha yang diadakan secara tertutup di kawasan Wat (kuil).

“Majlis Thodphapa diadakan setiap tahun, dan concert begini memang dah wujud lama, sejak aku kecik lagi pun dah ada, benda ni dah biasa.

Sebelum ni aku dah mention kat Kelate ada concert, ni lah concert yg aku katakan tu, akhirnya terlondeh.

Concert ini diadakan secara TERTUTUP, bagi kami Bukan Islam di Kelate terutamanya sewaktu perayaan, concert sebegini dibenarkan, sejak era PAS TGNA lagi, tiada isu tiada masalah, antara toleransi yg ditunjukkan oleh kepimpinan parti sampai sekarang,” kongsinya.

Selain itu, pengguna X @Hock_ann26 berkata tempat ibadat golongan mereka (bukan Islam di Kelantan) biasanya jauh daripada tempat awam dan dia sendiri mengakui perkara ini sudah lama berlaku namun terkejut ianya hanya menjadi isu sekarang.

Sumber: X