Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial semalam memaparkan tindakan seorang lelaki yang telah cuba mencabul seorang wanita dekat sebuah tangga di Tuaran, Sabah.
Menurut Buletin TV3, lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan penagih dadah telah ditahan polis selepas dikatakan cuba mencabul tiga orang wanita di sekitar pekan Tuaran.
Suspek yang berusia 29 tahun itu difahamkan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental telah ditahan kira-kira jam 3 pagi semalam.
Cabul dan larikan wang mangsa
Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Noraidin Ag Maidin berkata, tangkapan terhadap suspek telah dibuat berdasarkan laporan oleh tiga orang wanita berusia antara 15 hingga 31 tahun yang mengatakan telah dicabul suspek.
“Kesemua mangsa mengatakan pada 24 Jun, kira-kira jam 1 tengah hari hingga 4 petang bertempat di pekan Tuaran, seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencabul kesemua mangsa dan ada juga dikalangan mangsa mengalami kerugian wang tunai kerana dilarikan suspek.
“Hasil siasatan awal di kalangan mangsa mengatakan, suspek telah datang secara tiba-tiba memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabul mangsa.
“Selain itu, suspek juga bertindak agresif merampas beg tangan dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan.
Setelah suspek ditangkap, ujian saringan awal air kencingnya juga mendapati dia positif dadah.
Siasatan polis juga mendapati suspek tidak siuman dan merupakan pesakit berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu dan baru tiga hari keluar hospital.
Suspek yang telah ditangkap kini dirujuk ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Alahai risau ye orang macam ni. Harap wanita di luar sana lebih berhati-hati.
Baca: Cabul Pelancong China, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Ditahan Polis