in

Tular Rakaman Kes Temb*kan Di Bandar Sunway, Polis Kini Buru 10 Ahli Kumpulan

Syaz Ft 2024 08 21T102926.359

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan kes berbalas tembakan di Bandar Sunway, Selangor.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan kejadian itu yang melibatkan seorang warga asing berusia 30-an, dalam insiden itu difahamkan warga asing itu merupakan seorang penjenayah yang kemudiannya ditembak mati oleh pihak polis.


Artikel berkaitan: “Tajam memerhati” –  Lelaki Tak Dikenali Bersembunyi Dalam Semak Samun, Intai Wanita Jemur Kain 

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pengarah Syarikat Kena Samun Ketika Di Lampu Isyarat, RM200K ‘Lesap’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Menurut laporan Harian Metro, suspek warga Afrika yang ditembak mati itu dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata kejadian kira-kira 7 petang itu menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek terkena pada kenderaan polis.

“Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir peluru ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terbabit.

Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport,” katanya.

Risikan terhadap kumpulan berkenaan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dikordinasikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pihak polis masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.