in

Tular Gambar Notis Di Kedai, Kena Bayar 30 Sen Kalau Nak Kotak Telur

F3 Stelur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kehidupan di Malaysia menjadi agak sukar untuk kebanyakan orang kita berikutan harga barang yang semakin meningkat. Minyak masak pun mahal, ayam pun mahal.


Hari ini tular pula sebuah notis yang diletakkan di sebuah kedai yang menyatakan bayaran sebanyak RM0.30 sen dikenakan kepada pembeli yang mahu membeli kotak sarang telur tambahan untuk menutup telur pada bahagian atas.

St 2

Menurut Kosmo, notis pemberitahuan tentang bayaran kotak telur itu dipercayai telah diletakkan di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.

Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen setiap satu untuk kotak tutup atas,” notis itu tertulis.

Notis bayaran itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kecewa dengan bayaran yang dikenakan.

St 3
Gambar sekadar hiasan

Ada yang berpendapat perkara ini terjadi kerana ada pihak yang sengaja mahu kaut untung lebih.

St 4

St 5

Namun, dalam masa yang sama, ada juga berpendapat bayaran itu logik dikenakan sebab sekarang semua harga barang dah naik.

Selain itu, ada antara netizen menasihati orang ramai untuk simpan semua kotak-kotak telur yang ada di rumah untuk digunakan semula. Ada juga yang suruh bawa sendiri kotak atau bakul telur tu dari rumah, barulah tak payah bayar kat kedai.

St 6 1 1

Memang zaman sekarang ni ‘sakit’ hidup di Malaysia, semua makin mahal. Harap kerajaan boleh bertindak cepat sebelum rakyat makin tersepit. 

Sumber: Kosmo

Baca: Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur

St 1

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.