in

Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan

MRSM Tumpat pedofilia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular beberapa dakwaan di media sosial berkenaan seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat telah melakukan pedofilia.

Kes berkenaan kemudian mendapat perhatian pihak polis dan siasatan berhubung dakwaan ini katanya akan diselesaikan dalam jangka masa sebulan.


Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya akan memanggil semua saksi yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

GJvyQ0dbgAA7zKl

Artikel berkaitan: Pengantunan Seksual Adalah Jenayah Di M’sia, Ketahui Tanda-Tanda Amaran ‘Sexual Grooming’ Sebelum Terlambat!

Artikel berkaitan: “Dia ugut tak bagi duit belanja” – Wanita Kongsi Kisah Ayah Pedofilia, Adik Beradik Hidup Menderita

Saksi yang akan dipanggil selepas ini mungkin berada di luar Kelantan memandangkan bekas pelajar, namun kita akan pastikan siasatan dapat disiapkan secepat mungkin kerana ia membabitkan kerjaya guru berkenaan. 

“Setakat ini, empat saksi termasuk guru lelaki yang didakwa melakukan perbuatan itu sudah dipanggil bagi direkodkan keterangan,” katanya.

Beliau juga dalam pada masa yang sama meminta semua pihak untuk tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.

GOLxoj6K BULETIN TV3 A 15

Siasatan setakat ini masih diperingkat awal dan saya meminta semua pihak jangan buat tohmahan kerana kes ini belum dipastikan sama ada dakwaan itu betul atau tidak. 

“Kes ini perlu dibuktikan dengan jelas, teks dihantar kepada siapa dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, pihak MARA juga dilaporkan akan membuat siasatan secara menyeluruh seorang guru yang didakwa terbabit dengan kes pedofilia terhadap murid di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang diuruskan institusi itu.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selaku pengerusinya berkata, pasukan dari Ibu Pejabat MARA akan turun ke sekolah tersebut bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

Guru berkenaan juga sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.