Isu ‘generasi strawberi’ nampaknya bukan sahaja panas di media sosial, malah sampai ke tahap aduan rasmi!
Baru-baru ini, Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin mendedahkan dirinya telah berdepan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) gara-gara menyentuh topik berkenaan dalam satu ceramahnya.
Lebih mengejutkan, aduan tersebut menyebabkan beliau diberi tempoh hanya tiga hari oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk tampil memberikan penjelasan penuh mengenai pemilihan topik berkenaan.
Artikel berkaitan : Direka Untuk Jaga Alam Sekitar, Makan ‘Rice Straw’ Boleh Menyebabkan Masalah Penghadaman?
Artikel berkaitan : Usahawan Akur Lepas Ditegur Kufur Nikmat Oleh Mufti Kelantan Sebab Sambut Hari Jadi Tema Bunian
Diberi 3 hari untuk jelaskan kepada SUK
Menerusi satu video Kuliah Dhuha di Masjid Felda Kampung Sertik, Bentong, Pahang yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, Dr Badli Shah meluahkan rasa terkilan dan ‘menyampah’ untuk lagi mengulas tentang isu tersebut.
“Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu? Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab.”
“Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah, memang malas betul. Lantaklah nak jadi buah apa pun, buah sawit ke apa… lantaklah budak,” ujarnya bersahaja tetapi penuh makna.
Terdahulu pada September lalu, nama Dr Badli Shah menjadi bualan hangat selepas sedutan ceramahnya tular mengkritik sikap segelintir anak muda yang disifatkan mudah rapuh dan tertekan bila berdepan ujian hidup.
Beliau ketika itu menyelar tindakan segelintir individu yang terlalu mudah menggunakan istilah seperti healing, burnout, dan toxic workplace setiap kali ditegur atau berdepan bebanan tugas
“Ini lembik. Sikit-sikit healing, sikit-sikit reward. Kena tegur sikit, toxic workplace. Kerja banyak sikit, burnout. Generasi strawberi. Manja, tak boleh ditekan. Kena marah sikit, koyak rabak, berhenti kerja,” katanya dalam video terdahulu.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa teguran tersebut sama sekali tidak bermaksud memperlekehkan isu kesihatan mental.
Menurutnya, beliau sendiri merupakan penceramah tetap bagi program kesihatan mental dan memahami situasi tersebut, namun menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu manja sehingga tidak mampu menghadapi sebarang kesukaran hidup.
Sumber: YouTube
