in

“Tujuan nak suruh orang pakai mask” – Lelaki Buat Prank Diserang Coronavirus Dalam Tren Dipenjara 5 Tahun

Prank2

Seorang lelaki warga Rusia bakal berhadapan hukuman penjara 5 tahun kerana melakukan prank terkena serangan Coronavirus didalam sebuah train.

Lelaki yang dikenali sebagai Karomatullo Dzhaborov merakamkan aksinya pura-pura pengsan dan badan menggeletar sehingga mencetuskan rasa panik orang ramai.

 

Prank dalam tren sampai cetus kekecohan

Dilihat penumpang lain bergegas cuba menyelamatkannya dan tiba-tiba ada suara menjerit yang menjelaskan bahawa lelaki tersebut  ada Coronavirus,

24606678 7991505 Image A 65 1581433462393

Rakaman itu viral di pada 2 February lepas dan ianya telah dipadamkan, berikutan tular video tersebut pihak polis dari negara itu memburunya dan dia telah ditahan pada hari Isnin lepas.

Menurut sumber Daily Mail, lagi 2 lelaki yang terlibat dalam video tersebut (rakannya yang menjerit kata dia ada Coronavirus) masih lagi sedang dicari.

24606682 7991505 Image A 69 1581433497967

Suspek utama ditahan atas kecurigaan hooliganisme jenayah, yang membawa penalti maksimum lima tahun penjara dan denda £6,000 (RM 32,431.29).

Nak bangkitkan kesedaran – Peguam bela

24606696 7991505 Image A 64 1581433453042

Bagaimanapun, peguam Dzhaborov, Aleksey Popov menegaskan bahawa tujuan prank anak guamnya itu adalah untuk  awareness dengan keadaan sekarang tentang Coronavirus.

“Dia ada banyak video berkenaan dengan topik yang berbeza dan penting untuk masyarakat. Tujuan dia melakukan itu adalah untuk menarik perhatian orang ramai supaya pakai topeng muka agar dapat lindungi diri daripada virus bahaya itu”.

Virus dari Wuhan itu kini telah merebak kepada 20 buah negara , salah satunya adalah di Malaysia sendiri dan Singapura.

 

Baca : “Menyusahkan orang lain!” – Instafemes ‘Prank’ Dijangkiti Coronavirus, Pesawat Terpaksa Patah Balik Buat ‘Emergency Landing’

Prank