in

“Tuhan Sudah Kasi Saya Tangan Sama Kaki Buat Kerja Cari Duit”- Netizen Tersentuh Tengok Mamat Bangla Derma RM50 Dalam Tabung Masjid

Tabung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ok kali ni admin rasa admin tersentuh dengan ayat bangla ni. Tak kisah la bangla ke or dari negara mana sekali pun, if kita ada duit lebih, tak salah kalau kita bersedekah. Betul tak? Sebab sedekah ni ada macam-macam cara. Korang bagi kucing kat tepi jalan pun boleh dikira sedekah. Belanja family makan dengan duit gaji pun boleh kira sedekah. Tak semestinya dalam bentuk duit. Betul ke idok? Kalau salah maaf la ye…

Simpan RM5, RM50 masuk dalam tabung masjid


Viral satu tweet di Twitter, seorang lelaki ni dia nampak ada mamat bangla ni buka dompet nak derma duit dekat tabung masjid. Masa mamat bangla ni nak keluarkan duit, si lelaki ni ternampak la isi dompet duit tu ada RM50 sekeping dan RM5 sekeping. Diambil RM5 tu letak dalam poket baju dan RM50 tu letak dalam tabung masjid. Wow!

Masa lelaki ni nak masuk buat kerja dekat tapak pembinaan tu, mamat bangla tu tegur dia dan si lelaki ni nak tahu juga kenapa mamat bangla ni derma RM50 dalam tabung masjid. Korang nak tahu tak kenapa?

Dia bagitahu gaji sehari dia RM70 dan setiap kali dapat gaji dia dah asingkan siap-siap RM50 untuk disedekahkan tiap kali solat jumaat. Sebulan RM200 dia akan dermakan pada tabung masjid. Ya Allah mulianya…

“Tuhan sudah kasi tangan sama kaki buat kerja cari duit”

Katanya sebab, ”tuhan sudah kasi saya tangan sama kaki buat kerja, cari duit. Itu duit RM50 tak boleh mau bayar balik apa tuhan bagi, lagi saya doa saya punya family dekat kampung nanti tuhan jaga”

Netizen juga tak lari dari beri comment yang positif dan berkongsi pendapat masing-masing.

Capture 20190216 151549
Sumber: Twitter

Capture 20190216 151651
Sumber: Twitter

Ok admin dengar pun admin rasa tersentuh, moga dia sentiasa dimurahlan rezeki dan kita semua juga ok! Menghulur lebih baik dari menerima. hehe ingat tu guys!

Baca: “Celaka muka stok bangla kerja pam, model jadah pe” – Model Bangladesh Jadi Tohmahan Orang Malaysia View

1 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.