in

“Tuhan ada rancangan lebih baik” – Netizen Terkejut Jovian & Nina Sudah Bercerai Sejak Ogos

Jvn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita perpisahan dua personaliti media sosial yang terkenal iaitu Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri.


Dalam laman Instagram miliknya, Jovian yang juga seorang pereka fesyen itu memuat naik berita sedih itu dan memberitahu kedua-dua mereka telah pun bercerai sejak bulan Ogos lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.

Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.

Dalam posting yang sama, Jovian serta Nina yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata mereka berdua mengekalkan hubungan yang baik demi menjada anak mereka, Jeanelle yang sudah pun berusia 6 tahun.

“Semoga Allah kurniakan rasa reda dan kebaikan buat kamu berdua”

Netizen dalam pada itu membuahkan rasa hampa dan sebak kerana kedua-dua mereka itu sering menunjukkan kebahagiaan keluarga kecil mereka di media sosial.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua individu itu termasuklah puteri mereka.

1 2

Forever #JoviaNina 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.