Berikutan kes yang melibatkan dirinya baru-baru ini, pelakon Azar Azmi mendedahkan yang dirinya berdepan dengan detik paling mencabar dalam hidup. Saat dirinya dibebaskan polis susulan kes penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran, Azar hanya memiliki RM28 di tangannya.
Kata Azar, pada waktu itu dia berada dalam keadaan serba kekurangan tanpa sebarang wang simpanan, jelasnya saat mengimbau dirinya keluar daripada tahanan, dia dalam keadaan ‘kosong’ tidak memiliki apa-apa.
Artikel berkaitan: “Aku bertahan demi anak” – Azar Azmi Bersuara Pasal Kes Tipu, Terpaksa Bertahan Dalam Perkahwinan
Artikel berkaitan: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit
“Masa saya ditahan itu, saya tiada apa-apa langsung. Apabila `dibebaskan, dunia akhirat saya hanya ada RM 28 sahaja. Tiada simpanan langsung.”
Pelakon yang membintangi drama bersiri Nur itu mengakui berasa sangat takut untuk berdepan dengan orang ramai selepas insiden itu. Dia bimbang dengan tohmahan, makian dan pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya jadi sangat takut untuk berjumpa orang, takut dengan pandangan dan kata-kata mereka.”
gila kena calit minya ka apa ni? smpai jdik bodoh mcm tu kesiannyaa.
6 bulan tanpa fon, Husb x bagi. Ada anak tiri lagi. Jaga mak mtua yg sakit lagi. Ujian buat dia. Semoga dipermudah urusan. pic.twitter.com/JjgcpImzIY
— isu apa hari ini (@dahfollowbelum) April 12, 2026
Dalam pada itu, Azar juga tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah itu berkata, segala pakaiannya yang dipakai dalam temubual bukanlah hak miliknya.
“Tudung ini kakak saya punya, baju arwah ibu, kasut kakak saya. Itulah yang ada pada saya ketika keluar dari situ. Saya beruntung ada kakak dan adik-adik yang sentiasa membantu. Kalau tidak, saya tidak tahu apa akan jadi pada hidup saya.”
Sekitar Mac lalu, Azar bersama suami, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41 telah ditahan bagi mambantu siasatan kes penipuan yang membabitkan kerugian RM1.5 juta, termasuk penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memaklumkan bahawa Azar telah dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.
Dalam prosiding mahkamah pada Mac itu, suaminya mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang telah dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Sumber: Berita Harian
