in

Tuan Sentiasa Di Rumah Ketika Pandemik COVID-19 Sebabkan Kucing Alami Stres – Pakar Haiwan

F2 Scat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kucing sentiasa menghiburkan hati kita, namun pemilik haiwan peliharaan ini diingatkan untuk sentiasa peka dengan kesihatan si comel ni sebab pakar haiwan mendedahkan bahawa banyak kucing dilaporkan tertekan disebabkan tuan mereka sentiasa di rumah ketika pandemik COVID-19.


Menurut Mirror, perkara ini berlaku disebabkan kehadiran tuan haiwan itu sepanjang hari di rumah telah mengganggu tabiat kucing yang lebih gemar bersendirian. Ianya turut dilaporkan bahawa jumlah kucing yang dibawa ke klinik haiwan untuk rawatan berkaitan masalah kesihatan mental semakin meningkat berikutan ramai yang bekerja dari rumah sejak tahun lalu.

Scat 1
Gambar sekadar hiasan

Jurucakap persatuan kebajikan haiwan Cats Protection berkata, tekanan yang dialami oleh si bulus ini mungkin berpunca daripada haiwan ni yang terpaksa hidup bersama dengan manusia sepanjang hari.

Kalau dulu kucing ni ada masa untuk me time ketika tuannya keluar bekerja, tapi sekarang kucing kena duduk dengan tuannya yang work from home setiap hari. Jangan ingat manusia je yang boleh stres tau.  

Scat 2
Gambar sekadar hiasan

Disebabkan kucing merupakan haiwan yang mempunyai tabiat yang tersendiri, perubahan dari segi rutin harian boleh menyebabkan kucing ini tertekan. Selain itu, tekanan yang dialami oleh kucing juga boleh menjadi semakin teruk jika si bulus itu sensitif terhadap bunyi bising.

Aktiviti menggaru yang keterlaluan, sikap yang agresif dan suka meyorok merupakan antara tanda-tanda kucing anda sedang tertekan. Jadi, cuba korang perhatikan kucing korang kat rumah tu kalau-kalau ada yang alami perubahan tabiat gara-gara stres akibat PKP ni. 

Sumber: Mirror

Baca: Khas Untuk Peminat Kucing! Anda Boleh Menginap Di Hostel Ini Sambil Ditemani Si Bulus

Stressed Cat

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.