in

Khas Untuk Peminat Kucing! Anda Boleh Menginap Di Hostel Ini Sambil Ditemani Si Bulus

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini pencinta kucing? Kalau boleh, tidur pun nak dengan kucing peliharaan korang kan. Kali ini, kami nak kongsikan berita gembira dengan anda semua sebab ada hostel yang benarkan pengunjung tidur ditemani si comel di Jepun.


Menurut Kyodo News, hostel Neko Hatago ini telah mula membuka penginapan unik tersebut kepada umum pada Disember 2019 dan bangunan hostel ini sebenarnya bersambung dengan kafe kucing Neko Yokujo. Hostel ini difahamkan terletak di Osaka, Jepun.

Cats 1

Di sini, pengunjung hostel boleh tengok kucing bermain-main sebelum lelapkan mata sebab kawasan tempat tidur dan kawasan kucing hanya dipisahkan oleh tingkap kaca. So, kita dapat tengok si bulus ni sambil baring-baring time ready nak tidur. 

Selain itu, pengunjung juga boleh cuba untuk memberi makan kepada haiwan tersebut sebelum kafe kucing dibuka. Kalau nak try mandikan kucing ni pun boleh tau. 

Yang menariknya, kebanyakan kucing di hostel tu merupakan kucing jalanan yang telah diselamatkan. Jadi, korang bayangkan betapa banyaknya kucing yang berjaya diselamatkan oleh dorang ni. 

Cats 2

Pengurusnya iaitu Naomi Nishikubo mengatakan pihak mereka mahu lebih ramai orang untuk mendekati kucing-kucing ini. Yang bagusnya juga, pihak penjaga kucing ini juga akan cuba mencari tuan dan rumah baru untuk kucing-kucing yang telah mereka selamatkan.

Memetik laporan daripada Sora News24 pula, kalau pengunjung nak ambil kucing ini jadi haiwan peliharaan pun boleh tau.

Untuk animal lovers kat luar sana tu, boleh lah masukkan hostel ni dalam itinerary kalau melancong ke Jepun nanti. Semoga pandemik COVID-19 ni cepat berakhir supaya kita semua boleh pergi ke negara matahari terbit dan jumpa kucing comel ni. 

Sumber: Kyodo News, laman web Neco Republic, Sora News24 

Baca: “Nampak kemas”- Cantik! Bina Sendiri Sangkar Kucing, Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.