in

TUAH! Pulang Lewat Ke Rumah Lepas Seharian Ber’dating’, Remaja Berusia 12 &15 Tahun Dikahwinkan Mak Ayah

Gambar Hiasan 1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika pada satu ketika dahulu, perkahwinan di usia muda adalah satu perkara yang normal dan sudah menjadi kebiasaan pada ketika itu, Namun lain pula yang terjadi apabila seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan telah dikahwinkan hanya kerana dipercayai pulang lewat ke rumah. What?! Seriuslah?


Menurut Detik News, kejadian itu berlaku di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, telah menjadi bualan hangat masyarakat setempat disitu.

Kisah pasangan remaja tersebut yang berumur 15 dan 12 tahun itu bermula apabila ibu bapa remaja perempuan dikatakan tidak dapat menerima anaknya pulang lewat ke rumah setelah seharian keluar dengan kekasihnya.

Pasangan Siswa Smp Usia 15 Tahun Dan 12 Tahun Dinikahkan Karena Terlambat Pulang Di Ntb 1 169

Ketua kampung tersebut turut mengesahkan kisah pasangan tersebut. Kedua-dua pasangan kekasih itu keluar bersama pada tengah hari dan pulang sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.

Saya sempat sarankan agar pasangan itu dipisahkan dahulu kerana mereka masih lagi bawah umur namun ibu bapa mereka tetap bertegas”.

Remaja lelaki tersebut turut mengakui bahawa kanak-kanak perempuan itu merupakan cinta pertamanya. Dia juga mengakui bahawa perkahwinan itu juga berdasarkan keinginannya.

 

Baca: “Patut kena sebat dorang ni” Remaja 15 Tahun Antara 30 Yang Ditahan Buat ‘Private Party’ Dalam Aparment Di JB

Capture 54

Sumber: Detik News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.