Kalau dulu famous dengan trend buat gigi braces murah dari Instagram, sekarang muncul pulak trend baru yang juga masih berkaitan gigi iaitu ‘fake veneer’.
Veneer ni bagi korang yang tak tahu, ia adalah sejenis prosedur yang bertujuan untuk perbaiki gigi yang rosak (macam dah berlubang ke, patah separuh ke) dengan menempel resin atau porcelain pada gigi.
Prosedur ni memang akan dilakukan oleh doktor gigi yang bertauliah dan bukan sesiapa yang tak ada kelulusan kerana banyak bahaya yang menanti patient seperti yang dijelaskan posting kat bawah ni.
“Beware fake veneer yang ada kat Instagram! Veneer sebenar hanya DENTIST yang boleh pasang!”
Menerusi perkongsian seorang dentist di Twitter bernama Adam Ghazali, dia menjelaskan beberapa risiko yang boleh dihadapi mangsa kalau memakai fake veneer dari Instagram. Salah satu yang ngeri, sendi rahang boleh patah tau!
“FAF = Fake as fak. Pemasangan veneer mirip gigi natural, bukan cekelat tictac”
Macam mana nak beza dentist fake dan dentist sebenar?
Sebenarnya admin tak taulah celah mana yang dorang ni nampak cantik sangat bila pakai veneer ni. Fake sangat sebab warna berbeza dari gigi asal. Bukan admin je cakap tak lawa, netizen lain pun fikir benda sama.
Apa-apapun bagi mereka yang pakai fake veneer ni, admin nasihatkan eloklah korang rujuk dentist yang bertauliah takut-takut akan kesan buruk pulak di kemudian hari. Hari ni memanglah nampak lawa sebab gigi putih, esok-esok takut menangis sebab semua gigi hilang kena cabut pulak huhu.
Baca: Masih Ramai Remaja Tak Serik Pakai ‘Fake Braces’ Meskipun Sudah Tahu Akibatnya