Sebelum ini namanya terpalit dengan kontroversi berikutan dengan masalah sikap, penyanyi dan rapper Zynakal bar-baru ini ada melancarkan lagu baru yang berjudul Sakit.
Lagunya yang telah meraih 650,000 jumlah tontonan sepanjang 3 hari ia dimuatnaik di saluran Youtube itu telah membuatkan netizen tertanya-tanya tentang mesej dalam lirik yang cuba disampaikan.
Sebelum tu meh layan lagu baru dia, sedap jugak
Penyakit tiada luka, Sakit tiada parut, Sakitnya dikepala, Bercelaru mengarut”
Dalam video klip tersebut ia seolah-olah mengimbau balik segala kontroversi yang melanda pada dirinya sebelum ini. Selari dengan tajuk lagu SAKIT, Zynakal dalam lagu tersebut menceritakan bahawa dia seolah olah sedang memendam satu ‘sakit’ yang ramai tak tahu.
Sebelum ini, nama Zynakal mula terpalit dengan kontroversi apabila dia kongsikan di media sosial berkenaan perbalahannya dengan seorang eksekutif dari radio terkenal tempatan.
Malah dia sebelum ini dikatakan ada berbalah dengan segelintir pihak dalam industri hiburan tempatan.
Isu makin meleret sehingga dia dikhabarkan ada melakukan keganasan fizikal di stesen minyak, malah mStar Online sebelum ini ada melaporkan bahawa rakan rapatnya Syazwan Zanini sebelum ini menceritakan bahawa Zynakal disahkan mengalami penyakit bipolar disorder.
Ia susulan dengan sikap liarnya terhadap orang awam di dedahkan, pada waktu kontroversi yang bertubi-tubi melanda dirinya itu, Zynakal tidak memberi sebarang respon.
Biarpun ia sudah dijelaskan bahawa Zynakal disahkan menghidap penyakit itu, tapi pengakuan itu tidak dilakukan oleh tuan empunya badan sendiri.
Namun, dalam lagu SAKIT ini, Zynakal seolah-olah cuba nak mengaku dan beritahu kepada semua orang tentang apa yang dia rasa ketika melakukan perkara tersebut pada waktu itu dan dia kini sedang memendam sesuatu.
Seolah-olah dia nak mengaku yang dia menghidap bipolar secara halus.
If dia ada Bipolar disorder, i can tell his lyrics are so honest.” – Netizen
Lagu Zynakal yg ni aku rasa bermakna gila. hm pic.twitter.com/5lXjWXdbpb
— speckyguy ?’ (@yourscutiepie) December 22, 2019
Mesej itu dapat dihidu oleh salah seorang pendengar di Twitter, dalam banyak-banyak 22.2K warganet yang retweet perkongsian daripada pengguna @yourscutipie ini, salah seorangnya @pudynzayn menjelaskan segala maksud dalam bait-bait lirik lagu sakit ini.
“Kau kenal aku siapa”
Orang yang ada penyakit mental bila tak sakit, dia macam normal people. Boleh bergaul, sembang dan hadap hari-hari macam biasa.
So apa yang cuba diperkatakan disini kita tahu tahu dia ni jenis orang yang baik-baik and tak kacau orang.
“Yang dulu tu bukan aku, Masa itu aku gila, Ku sendiri tak tahu. Apa yang sudah jadi, Ku rasa macam dalam mimpi”
Kata mudah, masa itu dia dalam mental state. Dia pun tak tahu dia buat apa dah. Dia dalam dunia dia. Apa yang dia buat semua diluar kawalan dia.
“Hanyut di realiti, Kesannya hari ini”
Bila di luar kawalan, dia hanyut tapi perbuatan dia di dunia nyata. Sebagai contoh, dia pukul orang. Dia tak sedar. Bila dah sembuh, dia tak tahu pun dia pukul orang. Macam lirik dia yang ni.
“Penyakit tiada luka,
Sakit tiada parut,
Sakitnya dikepala,
Bercelaru mengarut”
Ini yang paling deep. Might be perfectly describe apa itu mental illness.