in

“Tu anak akuuu!” – [Video] Mak Meraung Lepas Tengok Mayat Anak Bunuh Diri Terjun Dari Rooftop Klang Parade

Collage 43

Hati ibu mana yang tak luluh bila tengok anak yang dikandung lebih 9 bulan berada dalam keadaan yang mengerikan?

Semalam, lebih kurang pukul 12 tengahari, seorang wanita telah membuat keputusan untuk terjun dari rooftop sebuah pusat membeli-belah di Klang.

Menurut China Press, wanita bernama Khoo ini bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah restoran. Dia telah meminta pertolongan dari seorang pekerja sosial lebih kurang sebulan lalu kerana telah berhutang dengan tiga “along”.

Pekerja sosial, Peter mengatakan yang dia telah berjaya berbincang dengan ketiga-tiga Along ini dan ibu Khoo juga telah menghantar sejumlah wang untuk membantu anaknya menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

Kerana itu, Khoo telah berjaya menyelesaikan kesemua hutangnya minggu lepas. Malam sebelum insiden ini berlaku, Peter telah menasihati Khoo supaya menjauhkan diri dari along.

Screenshot 120 1576485563 1

Bagaimanapun, dia tak sangka yang dia akan dengar berita Khoo bunuh diri keesokan harinya.

Lebih menyedihkan lagi, selepas Khoo bunuh diri, ibunya tiba di Klang Parade dan lihat mayat anaknya dalam keadaan mengerikan.

Apatah lagi bila memikirkan perasaan ibunya yang dah cuba bantu anaknya selesaikan masalah untuk elak dari anaknya ditimpa kecelakaan, namun anaknya memilih untuk meninggalkan dia…

Dalam video dekat bawah ni, ibu Khoo yang bercakap dalam dialek Hokkien kelihatan kecewa dan sedih dengan keadaan anaknya sambil menjerit “tu anak akuuu” lepas dia melihat mayat anaknya.

Klang

Kalau korang nak tahu, sebelum Khoo terjun dari bangunan tersebut, dia telah menulis mesej selamat tinggal pada Facebooknya.

Kawan-kawan dan keluarga, saya dah tak ada. Saya gagal. Saya dah banyak buat salah dan sakitkan ramai orang yang sayangkan saya.

Saya tak tahu macam mana nak hadap muka semua orang. Saya pilih untuk elakkan semua. Maaf, saya lemah.

Saya tak pernah beri kesenangan pada ibu bapa saya selama 26 tahun saya hidup dan berulang kali beri masalah pada dorang untuk diselesaikan.

Terima kasih pada kawan-kawan dan keluarga yang tolong saya masa saya susah. Terima kasih semua. Saya harap, di kehidupan lain saya dapat jadi anak yang baik.

Allahu, admin turut rasa sedih dan simpati dengan ibu Khoo. Moga dia diberikan kekuatan…

 

Baca: Lepas Goo Hara Meninggal Dunia, Ada Lelaki Ikut Bunuh Diri Sebab Netizen Bagi Galakan Di Ruangan Komen

Screenshot 2019 12 17 At 12.24.22 Pm