in

“Try hard bethol” – Netizen Tak Puas Hati Posting Terbaru Alif Teega, Akui ‘Bahagia’ Dengan Isteri

Alif Aisyah Bahagia Kami Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas bertubi-tubi kecaman yang diterima akibat daripada pendedahan berkahwin buat kali kedua, Alif Teega hari ini telah memuat naik satu posting baru di Instagram yang mendapat perhatian ramai.


Menerusi posting tersebut, Alif telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah menaiki motosikal bersama ketika menyambut ulang tahun perkahwinan tidak lama dulu.

Artikel berkaitan: “Be a gentleman” – Diugut Saman, Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Jumpa Keluarga Depan-depan

Artikel berkaitan: “Saya tak maafkan” – Alif Teega Nafi Pukul Isteri, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang?

“Alhamdulillah, kami bahagia” 

Menurut Alif, seseorang itu tidak akan bahagia jika dia asyik memikirkan cara bagaimana nak membuatkan orang lain melihat dirinya kelihatan bahagia.

Malah katanya lagi, bahagia juga bukanlah sesuatu yang boleh dipaparkan dan hanya boleh dirasai di hati serta ia sesuatu yang tidak boleh dibuat-buat.

“Tidak dinamakan bahagia jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia.


“Bahagia itu adalah ‘rasa’ bukan ‘perisa’ yang direkacipta oleh manusia. Bahagia itu bukan pada paparan, tapi pada hati.

“Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat, dan tidak mampu disembunyi
jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia. Bukan bahagia yang dilihat orang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Namun begitulah resam manusia katanya, sering menghukum dan memberi pandangan kasar tentang apa yang berlaku sedangkan dia dan isterinya bahagia kerana Allah menjaga kebahagiaan mereka.

Manusia sentiasa bercakap, menghukum dari pandangan kasar mereka. Mereka tak mampu untuk menyelami hati dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh.

“Tapi tidak pada kami, Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu.

“Alhamdulillah, kami bahagia,” tulisnya.

“Bahagia apa kalau pi kawen sorang lagi” 

Namun kata-kata puitis Alif telah dibidas oleh netizen yang mana rata-rata merasakan posting itu agak ‘try hard’ dan tidak memaparkan kebahagian sebenarnya yang disebut-sebut Alif.

Malah ada juga mempertikai, jika benar Alif bahagia kenapa dia berkahwin seorang lagi? Uish panas soalan netizen ni… 

Bahagia Alif

Apa-apapun, min doakan semoga Alif Teega dan isteri-isterinya kekal bahagia. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.