in

Trend Kes Menurun Bakal Berubah, Data Terbaru Beri Bayangan Kes COVID 19 di Malaysia Bakal Meningkat?

Kadar Kebolehjangkitan Covid Naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend penurunan kes COVID 19 semenjak Jun lepas nampaknya bakal berubah berdasarkan unjuran terbaru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut data yang dipaparkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, kadar kobehjangkitan kes COVID 19 kemungkinan besar akan meningkat pada minggu-minggu akan datang.


Data juga menunjukkan kes purata COVID 19 di Malaysia juga telah menyimpang dari lekukan yang dirancang untuk Rt 0.95, lapor Malay Mail.

Kadar kebolehjangkitan atau Rt sekarang pula ialah pada 1.04. Nombor ini sepatutnya berada di bawah 1.0 agar kes COVID 19 di Malaysia ini dapat dikawal dengan baik.

Berdasarkan unjuran kes purata, Malaysia juga nampaknya menuju ke arah 6,000 kes sehari pada awal bulan Julai atau sebaliknya yang mana memberi harapan kepada negara untuk ke Fasa 2 seperti yang dirangka Pelan Pemulihan Negara.

Unnamed 3

Menurut Pelan Pemulihan Negara yang telah dijelaskan Perdana Menteri baru-baru ini, untuk negara kita beralih ke Fasa 2, kes harian mestilah berada di bawah 4,000 sehari.

Selain itu juga, sekurang-kurangnya 10% daripada populasi semestinya sudah divaksin dan kadar kapasiti di ICU menurun ke tahap ‘sederhana’.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang indikator seperti di atas masih belum dapat dicapai dengan kes harian semalam meningkat ke 6,437.

Harapnya kita menemui jalan untuk keluar dari wabak COVID 19 ini tidak lama lagi. 

Baca: “Besar pengorbanan frontliners” – Pikul Keranda Mangsa COVID 19 Sejauh 1KM, Netizen Simpati Nasib Kakitangan KKM

Besar Pengorbanan

Sumber: mdkampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.