in

Travel Jauh Dari Temerloh Ke Terengganu Naik Motor, Ramai Sebak Baca Kisah 5 Sekeluarga Ini

Untitled design 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, keluarga adalah orang yang paling banyak berkorban untuk kita. Lagi-lagi, ibu bapa yang dah berusaha segigih mungkin untuk beri yang terbaik dalam kehidupan kita. Pengorbanan mereka yang tak terkira ini mesti diingati sampai bila-bila.

Baru-baru ini, viral satu hantaran oleh seorang lelaki di laman Facebook, yang menunjukkan 5 sekeluarga sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki satu motor sahaja.


Artikel berkaitan: “Ibu & ayah hebat” – Sekeluarga Gigih Jalan Kaki Tengah Panas Semata-mata Hantar Anak Masuk U

syahmi

Menurut lelaki itu, family itu memulakan perjalanan yang jauh iaitu dari Temerloh, Pahang ke Kuala Terengganu. Lebih menyayat hati, ibu yang menaiki motosikal itu dilihat sedang mendukung bayinya meredah hujan panas dalam waktu yang lama.

“Terkejut aku, dari Temerloh dengan anak-anak lagi, baby lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor dari Temerloh ke Kuala Terengganu.”

Tambahnya lagi, dia ada menawarkan bantuan untuk bawa anak-anak keluarga itu menaiki motosikalnya. Walau bagaimanapun, keluarga itu menolak secara baik lalu teruskan perjalanan mereka.

Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ayah” –  Wiper Rosak, Hujan Lebat, Tetapi Ayah Tetap Hantar Anak Pergi Kerja

Namun disebabkan kerisauan lelaki itu terhadap keselamatan mereka, dia mengekori keluarga itu dari belakang lalu berhenti di depan mereka. Dia sekali lagi menghulurkan bantuan namun ditolak lagi dengan senyuman.

Setelah dua kali pelawaannya ditolak, lelaki ini tetap mengekori keluarga itu dan berjanji untuk singgah ke restoran tempat kerja family itu mencari rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama dan mendoakan kebaikan kepada keluarga itu.

srrr

Harapnya, family tu sentiasa dilindungi dan diberikan kesenangan yang mencukupi.

Sumber: Facebook

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.