in

“Tolonglah selesaikan virus yg lebih bahaya dari Covid-19 ini” – PU Syed Rayu JAKIM/PDRM Ambil Tindakan Terhadap Sajat

Bangjat Palsu

Peserta Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya  Syed Mohd Bakri Syed Mohd Ishak menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) betul-betul tegas dalam memerangi isu LGBT.

Menurut Malaysiakini, ia susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang didakwa “mesra” LGBT. Kata PU Syed lagi, pemimpin PAS, menteri dan terutamanya pegawai agama PN wajar ambil tindakan segera ke atas Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang disifatkan semakin berani berpakaian bikini di media sosial.

Jat

Teringat waktu pemerintahan PH bekas menteri agama Mujahid Yusof Rawa, bila dia mesra LGBT, kita kecam beliau tak tegas. Sekarang diharap menteri PN bertanggungjawab perjelas isu umat Islam.”

Kalau zaman PH kita kata menteri tak perform dan sebagainya, kita harap PN, sekarang menterinya melaksanakan tugas, pegawainya melaksanakan tugas, jabatan agamanya bertanggungjawab ambil tindakan.”

Tolong sampaikan kepada menteri berkenaan dan PAS contohnya, apa kita perlu buat, atau apa pendirian badan bukan kerajaan untuk cegah kemungkaran yang berlaku depan mata.”

Kenyataan itu dikeluarkan PU Syed melalui akaun media sosial miliknya susulan posting Sajat di Instagram baru-baru ini yang dilihat semakin ‘daring’ sehingga mengundang polemik di media sosial ketika ini.

Katanya lagi, jika apa yang dilakukan Sajat ini dibiarkan semakin berleluasa ianya dikhuatiri akan menjadi punca kerosakan akidah umat Islam.

Syed turut menyifatkan kesan daripada perbuatan Sajat menyerupai wanita itu adalah lebih buruk daripada wabak Covid-19.

Sajat lebih bahaya dari Covid-19. Wabak tu boleh mengancam nyawa manusia, tapi Sajat memporak-perandakan hukum Allah SWT.”

Dia rosakkan akhlak umat Islam disebabkan perkara luar tabii dilakukannya. Justeru, sejauh mana tindakan pihak berkuasa kepada Sajat untuk menyedarkan dia dan golongannya.”

Saya berharap sangat kerajaan khususnya yang ada kuasa untuk cegah pakai tangan, yakni kekuasaan. Adakah kita nak cerita pasal Covid-19 tak habis-habis? Sedangkan perbuatan Sajat dan sekutunya semakin berleluasa.”

View this post on Instagram

Ramai sgt yg tag ambe mengenai pemilik akaun bernama SAJAT @nursajat23 Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak ambe, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!? Mabrurah sangat umrah yg kamu buat sebelum PKP haritu yer!? Sampai bila kamu nak menunjukkan aset2 palsu milik kamu? , ambe sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN, kemudian PH dan sekarang PN utk pihak berwajib mengambil tindakan TEGAS kpd beliau, utk mengelakkan FITNAH yg lebih besar pada masa akan datang kpd rakyat Malaysia Tolonglah @myjakim @pdrmsia_official selesaikan virus yg lebih bahaya dari covid 19 ini Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dgn pendustaan terhadap hukum agama Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yg ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu Wajib BOIKOT produk2 miliknya, ingat, siapa yg beli produk2nya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti² melanggari syariat yg telah dia lakukan! Dalam tak sedar, Kalian juga akan mendapat saham dosa kering . Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

 

Baca: “Muka je boleh beli Ford Mustang” – Buat ‘Plastic Surgery’ Dari Atas Sampai Bawah, Safiey Belanja Hampir RM2 Juta!

Safieyeye

Sumber: Instagram