in

“Tolonglah hargai pengorbanan mereka” – Salute! Doktor Sanggup Tidur Dalam Kereta Sebab Tak Nak Keluarga Dijangkiti Covid-19

Untitled Design 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jasa seorang frontliner sangat bernilai bagi kita, tanpa mereka siapa yang akan merawat pesakit covid-19.


Kerja yang berisiko ini membuatkan netizen respect! Malah rasa kesian pula bila melihat mereka sanggup berjauhan dari keluarga.

Dr. Sachin Nayak yang bekerja di JP Hospital, Bopal, India telah merasakan situasi getir yang di hadapi di India.

Difahamkan dia mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta kerana mahu selamatkan keluarganya daripada di jangkiti wabak ini, lapor India Today.

C1

Menurut Dr. Sachin Nayak dia sudah seminggu tinggal di dalam kereta selepas pulang dari kerja.

Hanya buku menjadi penemannya bila terasa rindu dia akan menghubungi keluarganya dengan menggunakan handphone.

Ketika kes Covid-19 mula dilaporkan, saya tak rasa takut sangat. Selepas lihat bilangan positif makin meningkat saya memutuskan untuk tinggal di dalam kereta saya. – Dr Sachin Nayak

Gambarnya menjalani kehidupan di dalam kereta itu tular hingga mendapat perhatian Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan.

Dikhabarkan Ketua Menteri itu memberi penghormatan atas tindakan doktor berkenaan di laman Twitter milik beliau.

C2

Sedihnya tengok nasib frontliner, mari sama-sama kita doakan mereka..

 

Baca: “Dah teruk sangat ni” – DAHSYAT! Hospital Terpaksa Letak Mayat Dalam Ruangan Kosong Sebab Kekurangan Katil

Capture 20200415 160458 Crop

Sumber: AIRNewsHindi
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.