in

“Dah teruk sangat ni” – DAHSYAT! Hospital Terpaksa Letak Mayat Dalam Ruangan Kosong Sebab Kekurangan Katil

Combine Mayat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini, terdapat 614,246 kes yang dicatatkan di Amerika Syarikat (US) dan sebanyak 26,064 kematian akibat wabak Covid-1. US merupakan negara yang mencatatkan kes tertinggi di dunia dimana melangkah kedudukan negara China yang merupakan tempat pertama tersebarnya virus ini, lapor Woldometers.

Terbaharu, dua keping gambar yang mengejutkan orang ramai dimana mayat-mayat pesakit Covid-19 ditindih antara satu sama lain di sebuah hospital.


Kesemua gambar itu telah diambil oleh petugas kesihatan di Hospital Sinai-Grace yang dikongsikan kepada berita agensi berita CNN.

Di dalam gambar tersebut terdapat dua mayat yang berbungkus beg putih dibaringkan secara bersebelahan di atas katil manakala satu lagi mayat ‘didudukkan’ di atas sebuah kerusi.

Mayat

Gambar yang lain menunjukkan beberapa timbunan mayat diletakkan di atas lantai yang dipercayai merupakan peti sejuk portable yang diletakkan di luar hospital.

Mayat 2

Inilah realiti yang terjadi di hospital berkenaan

Petugas kesihatan di hospital itu terpaksa menghadapi shift yang sangat sibuk untuk merawat 130 pesakit Covid-19 dalam satu-satu masa.

Mayat3

Sementara itu, bilik yang digunakan untuk meletakkan mayat pesakit itu hanya sementara memandangkan kapasiti untuk meletakkan mayat di tempat yang sepatutnya telah melebihi had.

Dilaporkan, mereka kekurangan katil untuk meletakkan mayat-mayat berkenaan. Hal ini demikian kerana katil yang dah ada mereka gunakan untuk merawat pesakit Covid-19 yang lain.

Baca : “Allah nak tunjuk sesuatu” – 200,000 Orang Diramal MAUT Akibat Covid-19 Di Amerika Syarikat!

Us

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.