“Tolong viralkan dekat monyet lain” – Bangun Tidur Tengok iPhone Hilang Rupanya Monyet Curi, Siap Selfie Pula Tu!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tolong viralkan dekat monyet lain” – Bangun Tidur Tengok iPhone Hilang Rupanya Monyet Curi, Siap Selfie Pula Tu!

Siapa tak terkejut kan bila bangun tidur tau tau handphone hilang? Tapi pengakhiran cerita yang dilalui oleh pengguna Twitter, Zack ini confirm akan buat korang terhibur atau paling tidak tersengih.

Melalui perkongsiannya di Twitter, Zack menceritakan kisah yang berlaku pada pagi Sabtu, 13 September lepas di mana dia mendapati handphone hilang sebaik saja bangun dari tidur. Apa yang tinggal cuma casing dekat bawah katil.


Puas cari satu rumah, guna Find My iPhone pun tak jumpa…

Kata Zack, bila tak jumpa handphone dia terus mencari satu rumah tapi tetap tak jumpa walaupun dah guna ‘Find My iPhone’ tak jumpa juga sebab handphone offline.

“Cari cari satu rumah geledah sana sini semua takde. Nak kata pencuri barang lain semua ada rumah pun tak kena pecah masuk and kalau kena curi pun takkan pencurinya cabut casing campak bawah katil mesti ambik sekali dengan casing.”

Phone 1Sumber: Twitter

Akhirnya jumpa, rupanya pencuri….

Berkongsi dengan Lobak Merah, Zack berkata selepas lebih 24 jam hilang dia cuba lagi mencari handphone tersebut di dalam kawasan rumah dengan harapan dapatlah jumpa kan.

“Aku round round belakang rumah sebab mana la tau ada binatang apa apa masuk ke kan. Pastu syukur alhamdulillah terdengar bunyi satu seruan dan betulla tu phone aku. Dekat dalam hutan kau tau.”

Akhirnya pada jam 5 petang, Ahad Zack berjaya jumpa semula handphone tu dan bila dia tengok dekat photos gallery baru dia tahu siapa pencuri sebenar! Rupanya monyet nakal ni yang curi phone dia! Siap ambil gambar dan selfie lagi weh! 

Monyet3Sumber: Twitter

Monyet4Sumber: Twitter

Zack sengaja melawak dan mengakhiri thread tersebut dengan meminta netizen untuk sebarkan perkara itu sebagai “warning” kepada monyet-monyet lain di luar sana. Memang monyet faham kan hahaha!

Tolong viralkan dekat monyet lain sebab kalau jumpa minta tolong bantai.”

Monyet1Sumber: Twitter

Tweet Zack mendapat lebih 5,000 retweets di Twitter dan turut mendapat perhatian beberapa media dan tabloid antarabangsa antaranya adalah Daily Mail.

Baca thread penuh Zack di bawah ini.

https://twitter.com/Zackrydz/status/1305115289269362688

Baca: “Nak masuk kena pakai mask ye” – [Video] Kelakar! Aksi Monyet ‘Mengamuk’ Tak Boleh Masuk Bank Buat Netizen Berdekah

Gambar Hiasan 8

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tolong viralkan dekat monyet lain” – Bangun Tidur Tengok iPhone Hilang Rupanya Monyet Curi, Siap Selfie Pula Tu!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tolong-viralkan-dekat-monyet-lain-bangun-tidur-tengok-iphone-hilang-rupanya-monyet-curi-siap-selfie-pula-tu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM