in

“Tolong sensitif sikit!” – Wanita Malaysia Di Gaza Dakwa Ada Orang ‘Call’ Semata-mata Nak Dengar Letupan

Bom 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini seorang wanita asal Malaysia yang berada di Gaza, Dr Nurul Ain Latif telah berkongsi sebuah video menyatakan mereka di sana mengalami masalah bekalan air dan elektrik.

Terbaru, sekali lagi Dr Nurul Ain Latif memohon orang ramai jangan berhubung dengannya semata-mata mahu mendengar bunyi bom.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by BERITA ALHIJRAH (@beritaalhijrah)

Dr Nurul Ain Latif dilihat amat kesal dengan perangai sesetengah individu yang tiada common sense kerana menelefon dan menghantar mesej kepadanya, meminta untuk dengar bunyi bom.

“Boleh tak senstif sikit dengan perkara ni? Korang ingat benda tu main-main ke? Korang doakan kitorang kena bom ke sekarang ni?”

Dalam video itu juga, Dr Nurul Ain memberitahu keadaan di Gaza sekarang amatlah genting dan pemintaan oleh sesetengah individu untuk mendengar bunyi bom seperti tiada rasa belas kasihan.

Artikel berkaitan: “Tiada air, elektrik” – Doktor Warga Malaysia Kongsi Situasi Di Gaza

Artikel berkaitan: Hospital Al Ahli Gaza Dibedil, Sekurang-kurangnya 500 Maut Dalam Serangan Udara & Jumlah Dijangka Meningkat

Dia berpesan kepada rakyat Malaysia untuk bersyukur kerana negara masih dalam keadaan aman dan damai.

“Nikmatilah tidur dengan lena. Nikmati keadaan yang tenang. Korang tak rasa apa yang saya rasa. Korang tak rasa apa yang saya hadap. Korang patut bersyukur negara kita masih aman.”

Dr Nurul Ain yang melaksanakan bantuan di Gaza, memberitahu dia mahu keluar membeli barang bantuan untuk rakyat di sana. Oleh sebab terdengar bunyi bom, dia mengambil keputusan untuk patah balik ke rumah

Video yang dimuat naik oleh Berita Al-Hijrah di Instagram telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka berasa kecewa dengan sikap segelintir orang yang request untuk dengar bunyi bom.

Bom 1 1 Bom 2

Hmm.. siapalah yang takde belas kasihan ni..

Sumber: Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.