in

“Tolong henti kecam kami”- Penduduk Kampung Di Simpang Renggam Minta Netizen Berhenti Mengecam Sebaliknya Doakan Mereka

Untitled Design 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sifat kecam-mengecam ini seakan dah lali bagi sesetengah netizen, pantang ada yang salah pasti kecaman akan menanti. Lebih-lebih lagi ketika PKP ni, pasti ramai yang duduk rumah dan banyak menghabiskan masa di media sosial.


Rasanya ramai dah tau apa yang berlaku di Simpang Renggam, Johor iaitu lokasi pertama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi dua kawasan penduduk kampung iaitu Kampung Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid atau lebih dikenali sebagai Kampung Bandar Baru dan Kampung Parit Ibrahim Majid.

Ekoran daripada tindakan itu, ramai yang mengecam penduduk kampung tersebut kerana beranggapan mereka telah mengingkari arahan PKP sehingga lebih 60 penduduk di 2 kampung tersebut dijangkiti Covid-19.

 

Kecaman 1 Censored

Kecaman 2 Censored

Kecaman 3 Censored

 

Bagaimanapun salah seorang penduduk Kampung Bandar Baru, Noridayu Jumiran berharap agar netizen berhenti mengecam mereka, sebaliknya memberikan sokongan dan doa agar semuanya baik-baik sahaja.

Dia yang juga memaklumkan yang dia turut dijangkiti Covid-19 selepas kedua ibu bapanya dijangkiti virus tersebut.

Saya, ibu dan jiran-jiran kampung dirawat di wad yang sama. Gembira jumpa mereka,” – Noridayu Jumiran

Ini pula antara luahan lain daripada penduduk kampung berhubung isu tersebut.

Luahan 1 Censored

Luahan 2 Censored

Difahamkan beberapa kawasan di Simpang Renggam dan pun menjalani disinfection process bagi menyahkuman kawasan tersebut.

*Semoga keadaan akan  kembali seperti biasa

 

Baca: “Biadap tak boleh bawak bincang” – Musnahkan Klinik Sementara Pesakit Covid-19 Milik Palestin, Rejim Israel Cari Pasal Lagi

Annotation 2020 03 31 104635

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.