Baru-baru ini, tular satu mesej meruntun hati di media sosial yang dikongsi oleh pengguna servis penghantaran makanan.
Menerusi tangkap layar perbualan yang tular, rider yang dikenali sebagai Muhammad Khairi itu memohon ihsan pelanggan untuk mendoakan kesembuhan anaknya, Nur Alysa Rafina.
Anak kecil yang baru berusia lima tahun itu dilaporkan sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser darah. Dalam mesej tersebut, Khairi tidak meminta wang tambahan mahupun belas kasihan material, sebaliknya hanya mengharapkan doa yang tulus agar urusan rawatan anaknya dipermudahkan.
Artikel berkaitan: “Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser
Artikel berkaitan: “Saya tak layak ada kawan…” – Luahan Sedih Murid Ini Buat Tasha Manshahar Sebak, Terus Ajak Jadi ‘Bestie’!
View on Threads
“Akak/abang nak mintak tolong doakan anak saya Nur Alysa Rafina umur baru 5 tahun menghidap kanser darah, tolong doakan urusan anak saya semoga kuat melawan kanser dipermudahkan urusan.
Semoga doa akak/abang diangkat diterima yang maha kuasa, amin.” Tulisnya dalam mesej tersebut.
Kisah ini mula mendapat perhatian meluas selepas seorang pengguna media sosial, @ehhfieyra, memuat naik hantaran mengenai kejadian tersebut. Menurutnya, dia berasa sangat tersentuh apabila menerima mesej sedemikian daripada seorang pejuang ekonomi barisan hadapan.
“Tadi order makanan dekat Grab, abang rider tu minta satu je, tolong doakan untuk anak dia. Tak mampu tolong banyak, tapi doa kita semua insya-Allah sampai,” tulisnya.
Rata-rata netizen memuji tindakan Khairi yang tetap gigih bekerja mencari rezeki buat keluarga meskipun sedang diuji dengan masalah kesihatan anak tercinta. Ramai yang turut mendoakan agar Nur Alysa diberikan kesembuhan segera dan kekal kuat semangat dalam menjalani rawatan.

Dalam pada itu, bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan, boleh rujuk informasi di bawah.

Sumber: Threads
