“Tolong cari awek yg hormat kau” – Sayang Punya Pasal, Lelaki Sanggup Jadi Kerusi Bila GF Penat Berdiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang kata, sayang tu biar berpada-pada, kelak diri sendiri merana.

Semua orang tahu, bila kita sayang dengan seseorang kita memang sanggup buat apa saja untuk orang tu kan. Tapi, semua benda mestilah ada hadnya.

Kalau dah sampai macam video yang tular dekat Facebook baru-baru ni, memang tak tahulah nak kata apa…

There’s chivalry and then there’s this #whatisnewyork

Posted by What Is New York on Friday, June 21, 2019

Dalam video dekat atas ni, korang boleh tengok seorang lelaki tengah duduk mencangkung untuk jadi kerusi bagi teman wanitanya yang tengah busy bercakap dalam telefon dekat kota New York. Tengah cakap dengan boyfriend lain kot.

Lelaki ni punya sayang dekat gf dia ni, sampai kalau korang tengok video ni sampai habis korang boleh nampak dia cium belakang gf dia dengan penuh kasih sayang.

Video ni telah mendapat kritikan dari netizen yang kebanyakannya berkata, perbuatan lelaki ni tak gentleman langsung. Dah lah duduk kat tengah-tengah tempat orang tengah berjalan. Kacau orang je!

Janganlah jadikan lelaki ni sebagai contoh. Banyak lagi cara lain nak tunjuk rasa sayang tu, bukan dengan jadi hamba pasangan korang. Just because pasangan korang tu baik, jangan jadikan alasan untuk ambil kesempatan.

 

Baca: “Boleh tak u delete tweet ni?” – BF Sendiri Gatal Like Tweet Orang, GF Bagi Amaran Kat Pemilik Akaun?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson