in

Tolak Permohonan Maaf, Polis Jakarta Minta McDonald’s Hentikan Penjualan BTS Meal

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin tular di media sosial menunjukkan McDonald’s di negara seberang, Indonesia dikerumuni oleh penghantar makanan yang menantikan pesanan BTS Meal untuk pelanggan mereka.


Ekoran ini, Polis Metro Jakarta telah meminta agar McDonald’s Indonesia menghentikan penjualan edisi terhad BTS Meal ini selepas beberapa cawangannya ditutup ekoran lambakan jumlah penghantar makanan.

Pihak pengurusan McDonald’s telah pun memberikan permohonan maaf mereka kepada pihak berkuasa selepas pihak polis menuntut penjelasan atas kekecohan yang berlaku.

Namun permohonan maaf tersebut tak dapat memuaskan hati pihak polis yang kemudiannya meminta McDonald’s untuk hentikan makanan edisi terhad tersebut buat masa ini, lapor Kompas.com.

Ojol Drivers Queueing For Bts Meal Mcdonalds Jakarta 960X540 1

Kami mengusulkan supaya aplikasi BTS Meal itu dihilangkan (dihentikan) dulu. Jangan sampai terjadi kerumun seperti ini.

“Covid-19 di Jakarta sudah cukup tinggi ya. Ada beberapa kluster akibat pulang raya haritu telah mengakibatkan angka positif di Jakarta sangat tinggi.”

Mana tidaknya, ekoran dari kekecohan ini pihak berkuasa sibuk menyuraikan penghantar makanan sehingga terpaksa menutup lebih 12 outlet pada hari Rabu lepas.

5Ff41Ea8Bf238

Sebanyak 20 restoran di Jakarta telah diarahkan tutup manakala selebihnya telah diberikan amaran bertulis oleh pihak polis.

Jurucakap McDonald’s Indonesia mengatakan pihaknya sedang mengaturkan langkah baru bagi mengelakkan kesesakan seperti itu berlaku lagi namun tak memberikan apa-apa komen tentang cadangan polis untuk hentikan BTS Meal.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini McDonald’s Indonesia hanya membuka pesanan BTS Meal ini melalui platform online dan pandu lalu bagi mengelakkan pelanggan bersesak di restoran namun perancangan itu tak berjaya ekoran populariti BTS di negara tersebut.

 

Baca: “Untung di Malaysia gak gitu” – Penangan BTS Meal, McDonald’s Indonesia Sesak Dengan Penghantar Makanan!

Ribut

Sumber: Coconuts
Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.