Persengkataan politik di mana-mana negara bukanlah suatu yang asing lagi pada masa kini. Iya lah, setiap pemimpinkan ada pendirian masing-masing dalam politik yang diperjuangkan.
Jadi seringkali kita lihat mereka ni tidak sebulu dalam banyak perkara.
Tapi siapa sangka apabila melibatkan perkara peribadi, perbezaan politik terus diletakkan ketepi.
“Bonda kurang sihat”
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Datuk Seri Najib di akaun Twitternya, beliau berkongsikan keadaan ibunya yang sedang dalam rawatan.
Beliau turut memohon doa orang ramai agar ibundanya diberi kesembuhan dan kekuatan.
Tapi apa yang lebih menarik perhatian menerusi ciapan beliau ialah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tan Sir Muhiyiddin Yassin yang menziarahi ibu kepada Datuk Seri Najib.
Turut serta menziarahi ibundanya ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bonda kurang sihat.
Saya minta saudara-saudari doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh.
Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pemimpin lain atas kesudian menziarahi bonda pic.twitter.com/khLbyHQHnm
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 17, 2020
Walaupun mempunyai perbezaan dari segi politik, kesemua pemimpin dilihat tidak mencampurkannya dengan urusan peribadi.
Rata-rata netizen turut menyokong tindakan pemimpin politik ini yang bijak membahagikan urusan kerja dan persendirian.
“Ini yang kita mahukan”
“Jadikan contoh macam ni”
Menerusi komen di perkongsian yang sama, netizen turut menitipkan doa kepada ibunda Datuk Seri Najib, Tun Rahah.
Apa-apa pun kita doa yang baik-baik sahaja, semoga dipermudahkan urusan buat Datuk Seri Najib dan keluarga…