in

Tokan Dadah Guna Balik Taktik Lama Pakai Food Rider Hantar ‘Barang’, Tak Pasal Pasal Kena Spot Check Dekat Roadblock

Ft Rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghantar makanan kini akan diperiksa selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mendapati sindiket penyeludupan dadah menggunakan taktik menghantar bekalan dadah melalui cara itu.


Menurut Utusan, pihak JSJN akan menempatkan anggota untuk bertugas di sekatan jalan raya (SJR) bagi membendung perkara itu daripada terus berlaku.

Difahamkan, taktik itu digunakan sekali lagi bagi mengaburi mata pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeri itu, anggota JSJN yang bertugas akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas penghantar makanan.

Perbuatan mereka (pengedar dadah) sekali gus menyusahkan penghantar makanan lain yang sedang berkerja.”

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah boleh menghubungi kami melalui aplikasi WhatsApp di talian hotline JSJN 012-2087222 yang beroperasi 24 jam. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.”

Antara cara pengedar dadah adalah dengan menyorokkan barang terlarang itu dalam bungkusan barangan lain seperti bungkusan makanan dan kotak permainan kanak-kanak.

Baca: “Salute spring abam truckers” – Polis Berjaya Tahan Pengedar Dadah Lepas 17 MPV Cuba Kejar, Geng Lori Pun Tolong!

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.