in

“Salute spring abam truckers” – Polis Berjaya Tahan Pengedar Dadah Lepas 17 MPV Cuba Kejar, Geng Lori Pun Tolong!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang macam dalam movie gempaknya!


Jam 8 malam semalam, sebanyak 17 buah kereta peronda polis dari lima daerah Johor telah bekerjasama bagi menangkap seorang lelaki yang cuba larikan diri dari Taman Sri Tebrau sampai ke Kluang.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, kejadian bermula apabila anggota Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sedang membuat rondaan cegah jenayah dan kawalan pergerakan Covid-19 kira-kira pukul 7.15 malam.

Lapor Harian Metro, anggota tersebut telah melihat suspek yang berusia 45 tahun memandu kereta jenis Toyota Altis dalam keadaan mencurigakan. Bila diarahkan untuk berhenti, suspek bertindak memecut laju melarikan diri ke Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya EDL dengan memandu secara merbahaya.

Posted by Castello on Tuesday, January 26, 2021

 

Suspek akhirnya berjaya diberkas selepas aksi kejar-mengejar berlangsung hampir 45 minit dengan bantuan dari pasukan MPV dari Johor Bahru Utara, Iskandar Puteri, Kulai, Kluang, Peronda Lebuhraya serta geng lori yang turut membantu membuat sekatan.

Pasukan polis telah membuat ‘Cut Off’ di KM 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dan menahan suspek yang menggunakan kereta sewa.”

Bila kereta diperiksa, pihak polis telah menemui sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ecstacy bernilai RM50,000 dan hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Manakala di Facebook rasmi MPV Kluang, pasukan tersebut telah mengucapkan tahniah kepada geng lori yang turut sama membantu bagi menjayakan penangkapan tersebut.

Terima kasih saya ucapkan kepada abam2 #truckersmalaysia… Kami #salutespring buat abam2 truckers, abam2 lori n semua yg terlibat menjayakan penangkapannya…”

Suspek akan direman selama tujuh hari hingga 2 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Fuh, dahsyat betul!

 

Baca: “Main kejar-kejar pulak!” – [VIDEO] Pasangan Kekasih Lari Elak Sekatan PKP, Dikejar Polis Sampai Kereta Habis Minyak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.