in

Tok Sami Hantar Gambar Bogel, Ajak Remaja Lelaki dan Abang Buat Seks

Monk Featured

Sebagai seorang tok sami, sudah semestinya mereka perlu memberikan contoh yang terbaik memandangkan mereka dianggap suci dan sentiasa beribadat oleh masyarakat. Namun, kecoh di Thailand baru-baru ini apabila mesej tidak senonoh didakwa melibatkan tok sami tersebar luas di internet. 

M 2
gambar hiasan

Menurut perbualan itu, tok sami berkenaan dikatakan menawarkan seorang remaja lelaki wang untuk melakukan seks bersamanya, lapor Coconuts.

Tok sami yang dikenal pasti dari sebuah tokong di Wiengsa, wilayah Nan itu turut menghantar gambar bogelnya sebelum mengajak remaja itu dan abangnya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.

Monk 2
sumber: coconuts

Difahamkan, melalui perbualan tersebut, remaja itu memberitahunya bahawa dia agak sibuk pada ketika itu. Namun, tok sami berkenaan dilaporkan menawarkan wang berjumlah THB1,000 (RM126.66) kepada lelaki itu dan abangnya.

Mereka turut dikatakan bersetuju untuk berjumpa di dalam kawasan tokong. Berhubung kes itu, Phra Khru Sirinantavit, ketua sami di sebuah tokong kawasan Wiengsa telah melantik satu jawatankuasa untuk mencari lebih maklumat berkenaan kes tersebut.

Menurutu Phra, dia mahu mereka mengenal pasti jika benar tok sami tersebut melakukan perbuatan tidak senonoh itu atau akaun Facebook miliknya telah digodam.

“Jika dia didapati melakukan hal tersebut, tok sami itu telah bersalah melanggar disiplin Buddha dan akan dibuang.”

M 3
gambar hiasan

Sementara itu, Pengarah Pejabat Buddhis Kebangsaan Nan, Sittha Moolhong berkata, pihak berkuasa kini sedang cuba menjejaki keberadaan tok sami tersebut yang akan dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Kes itu dikatakan disiasat di bawah tuduhan pelacuran dan penderaan seks kanak-kanak.

Kalau betul memang tok sami tu buat, memang dahsyat la kan. Tapi kalau kena hack, kesian dia…

Baca: Tok Sami Dirakam Tonton Video Lucah Secara Terang-Terangan Dalam Bas Tanpa Guna Earphone

Toksami