in

“Tohmahan tak berasas” – Kesatuan Eropah Tolak Dakwaan KJ Konon Mereka Bolot Vaksin COVID 19

Eu Nafi Bolot Vaksin Covid Michalis Rokas Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenyataan Menteri Penyelaras Program Vaksinasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin tempoh hari yang mendakwa tindakan negara kaya membolot bekalan vaksin hingga menyebabkan negara lain seperti Malaysia lambat menerima bekalan mendapat balasan daripada pihak Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Astro AWANI, EU telah menyangkal dakwaan tersebut dan dutanya ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, tohmahan berkenaan tidak berasas sama sekali kerana apa yang berlaku membuktikan EU amat prihatin dalam isu itu.


81624411842 Michalisrokas

Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudahpun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” tegasnya.

Rokas juga berkata, lima juta dos vaksin telah disumbangkan EU kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin COVID 19 (COVAX).

Perkara ini disampaikan pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Sokongan Respons COVID 19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, Khairy juga menerusi sidang media terdahulu mendedahkan ada beberapa buah  negara Eropah yang memonopoli agihan sehingga mengakibatkan kadar vaksinasi di negara ini ketinggalan.

Khairy Jamaluddinmosti

Kartel itu juga dipercayai berunding terus dengan pembekal vaksin bagi membolehkan pembelian dapat dibuat secara pukal.

Harap-harap kadar vaksinasi di negara ini kian meningkat supaya herd immunity dapat dicapai tidak lama lagi. 

Baca: Bekalan Vaksin Untuk Fasa 3 Mungkin Tak Cukup – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.