in

Muar Daerah Pertama Sediakan Pusat Vaksin Bergerak di Johor, 200 Individu Divaksin Setiap Hari

Ft Vaksinmuar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menyediakan Trak Vaksin Bergerak, kini Muar turut melakukan perkara yang sama dengan menggunakan konsep mobile (unit bergerak).


Pusat Vaksin Bergerak Daerah Muar yang menggunakan bas ekspres itu adalah yang pertama di Johor dan telah dilancarkan semalam di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam kepada para penduduk daerah berkenaan.

Inisiatif itu merupakan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar dengan Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan Syarikat Mayang Sari Ekpress Sdn. Bhd.

Trak1 1

Trak2

Seramai 200 orang penduduk dilaporkan akan menerima vaksin setiap hari bermula semalam dan akan diteruskan sehingga Hari Ahad sebelum program itu bersambung di lokasi lain pula, Kompleks Mukim Sungai Balang.

Usaha baik tersebut disambut baik dan mendapat pujian ramai di media sosial kerana memudahkan serta membantu mempercepatkan proses pemberian suntikan vaksin di negeri terbabit.

Inisiatif sebegini diharapkan dapat diperluaskan dan dipercepatkan di negeri lain terutamanya kawasan kampung atau rural area agar dapat membantu penduduk yang tidak mempunyai kenderaan atau akses pengangkutan awam untuk bergerak ke pusat pemberian vaksin.

Sementara itu, semalam Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kerajaan bakal memperluaskan inisiatif Trak Vaksin Bergerak dan akan memfokuskan kawasan kategori merah di sekitar Lembah Klang.

Baca: Kerajaan Akan Tambah Trak Vaksin Bergerak Terutamanya di Kawasan Zon Merah Sekitar Lembah Klang – KJ

Ft Vaccinetruck

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.