in

Tindakan Seorang Lelaki Bakar Mercun Atas Lebuh Raya Undang Kecaman Netizen

Bakar Mercun Atas Lebuh Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika minggu lalu kecoh dengan isu remaja baling mercun ke dalam rumah penduduk, kali ini tular sekali lagi isu mercun apabila seorang lelaki telah membakar mercun di atas lebuh raya ketika jalan raya sesak.


Video tindakan lelaki berkenaan telah dirakam oleh seorang individu lain sebelum ianya dimuat naik di Facebook dan tular selepas dikecam netizen.

Dalam video yang berdurasi lebih kurang 40 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki membakar mercun di atas lebuh raya dan paling menimbulkan amarah ramai apabila jalan raya itu sedang dilalui oleh ramai pemandu pelbagai jenis kenderaan.

Difahamkan, tindakan membakar mercun di dilakukan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Tesco (Lotus’s Ampang).

Rata-rata warganet menggesa agar pihak polis menahan lelaki itu kerana tindakannya jelas boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Ini kerana kalaulah ada pemandu kereta atau penunggang motosikal yang mengalami masalah sakit jantung sudah tentu akan sangat terkejut jika tiba-tiba ada mercun yang meletup di hadapan kenderaan mereka dan sekali gus ia boleh menyebabkan kemalangan.

2 1 1

1 1

Main mercun tu boleh, tapi kena la tengok kesesuaian tempat dan masa. Jangan sampai membahayakan orang lain atau mengganggu ketenteraman penduduk setempat. 

Sumber: Twitter Berita RTM

Baca: “Biadap!”- Tindakan Sekumpulan Remaja Baling Mercun Ke Dalam Rumah Penduduk Dikecam Netizen

F Remaja Baling Mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.