in

TikToker Kongsi Pengalaman Seram Ketika Melawat Nagoro, Kampung Yang Hanya Didiami Oleh Patung Di Jepun

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang TikToker Malaysia yang menetap di Jepun telah kongsikan pengalaman seramnya ketika melawat Nagoro, iaitu sebuah perkampungan di Jepun yang hanya didiami oleh patung bersaiz manusia.


Dalam perkongsiannya itu, @addamshahh mengatakan ketika dia melawat sekolah di kampung tersebut yang dipenuhi dengan patung, video yang dia rakamkan tiba-tiba tak mengeluarkan suara.

Tak cukup dengan itu, bila dia melihat semula video yang diambilnya, dapat dilihat di awal video ketika dia masuk ke dalam dewan tersebut, jam menunjukkan pukul 1.27pm. Tapi, dua minit selepas itu, jam yang sama telah bertukar ke 1.43pm. Pelikkan?

@addamshahh Sekolah untuk patung di Jepun (sambungan pt 1) #fyp #fypシ #japanstudy #kisahjepun ♬ bunyi asal – anakmelayudibumijepun

Jadi pada artikel kali ni, apa kata kita tengok sendiri kisah disebalik kampung Nagoro ni.

Artikel berkaitan: “Berani tak pergi?” – 7 Tempat Paling ‘Seram’ Dalam Dunia, Malaysia Pun Ada!

Artikel berkaitan: “Tak sangka masih ada penduduk” – Ini 6 Tempat Paling Terpencil Di Dunia

Kisah disebalik perkampungan Nagoro yang didiami oleh patung

Tokushima Nagoro Scarecrow Village 183746

Nagoro merupakan satu perkampungan kecil yang terletak di kawasan terpencil di Shikoku. Ia pernah mempunyai penduduk seramai 300 orang. Tapi disebabkan penurunan populasi di Jepun dan dicampur pula dengan kemajuan urbanisasi, jumlah penduduk di Nagoro makin berkurang sehinggalah hanya 30 orang sahaja yang tinggal di sana.

Salah seorang penduduk di sana yang juga merupakan artis tempatan, Tsukimi Ayano telah membuat keputusan untuk menggantikan orang-orang yang dah meninggal dunia atau berpindah keluar dengan anak patung seperti mereka.

Jiran-jirannya yang lain turut menerima idea Tsukimi dan lakukan perkara yang sama sehinggalah setiap penjuru Nagoro telah dipenuhi dengan patung bersaiz manusia.

Walaupun kebanyakan patung ini dibuat mengikut penduduk yang pernah tinggal di sana sebelum ini, beberapa patung lain telah ditambah sehingga pada tahun 2022, terdapat lebih 350 patung di sana.

Di mana perkampungan Nagoro ni dan cara untuk ke sana

Nagoro Dolls1.Jpg

Nagoro terletak di bahagian timur Iya Valley di Pulau Shikoku. Kawasan ini terpencil dan cara mudah untuk ke sana adalah dengan menggunakan kereta atau menaiki kereta api dan bas. Namun begitu, kalau korang nak pergi ke sana, memang kena melawat waktu siang je sebab tak ada tempat penginapan di dalam kampung tersebut atau kawasan berdekatan.

Kampung ni memang tak ada orang yang tinggal di sana sekarang, jadi bila jalan ke sana, korang memang akan lihat patung di pelbagai tempat termasuk di jalan utama sekaligus menjadikan tempat ini lebih menyeramkan.

@wizzral Creppy Places In Japan: Nagoro Doll Village #learnontiktok #learningisfun #yokai #yokaiwatch #nagorovillage #hauntedplacesinjapan ♬ original sound – wizzral

Antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi semasa berada di Nagoro ini termasuklah di dewan kampung yang dipenuhi oleh sekumpulan patung dan brochure yang mengandungi maklumat tentang sejarah tempat tersebut termasuk sebuah hentian bas kecil di hujung kampung yang mempunyai beberapa patung seperti ahli politik.

Selain itu, bangunan sekolah lama juga adalah salah satu tarikan di sana kerana sekolah tersebut dipenuhi dengan patung guru dan pelajar serta kebanyakannya boleh dilihat di dewan sukan macam yang korang tengok di video yang dikongsikan oleh @addamshahhh.

Menarik tapi takut…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.