in

TikTok Gantung Fitur ‘Live’ Susulan Protes Yang Semakin Ganas Di Indonesia

TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform media sosial TikTok mengumumkan bahawa ciri siaran langsung (TikTok LIVE) digantung sementara di Indonesia susulan siri protes yang bertukar ganas di beberapa bandar utama negara itu.

Jurucakap TikTok berkata, keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dalam platform berkenaan.


“Disebabkan peningkatan keganasan ketika protes di Indonesia, kami secara sukarela memperkenalkan langkah tambahan bagi menjadikan TikTok sebagai ruang yang selamat.

“Atas sebab itu, TikTok LIVE digantung buat sementara waktu di Indonesia selama beberapa hari,” katanya kepada AFP.

Artikel berkaitan: Plaza Tol & Stesen MRT Antara Fasiliti Yang Terjejas Di Indonesia Akibat Demonstrasi

Artikel berkaitan: Pejabat Dewan Perwakilan Indonesia Di Makassar Dibak*r Dalam Protes, Tiga Maut

TikTok
Gambar hiasan

Indonesia, yang merupakan pasaran terbesar TikTok di Asia Tenggara dengan lebih 100 juta pengguna, menyaksikan demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos lalu di beberapa bandar termasuk Jakarta dan Makassar.

Kejadian itu menyusul insiden kematian seorang lelaki selepas dirempuh kenderaan polis.

Di Makassar, sebuah bangunan majlis tempatan dibakar, mengorbankan tiga mangsa.

Protes terus berlanjutan pada 30 Ogos di beberapa lokasi lain termasuk Surabaya, pulau Bali dan Lombok.

TikTok dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa mereka akan terus memantau keadaan semasa di Indonesia sebelum mengaktifkan semula ciri siaran langsung tersebut.

Sumber: The Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.