Dalam kejadian di Kerayong, Bera Pahang salah seorang daripada tiga orang wanita dilihat membaling mercun sebelum pegawai polis berhenti di hadapan rumah untuk menasihatkan wanita tersebut agar berhenti daripada bermain mercun.
Tindakan itu membuatkan wanita tersebut marah, sebelum seorang lagi wanita tiba diperkarangan rumah tersebut dengan menaiki proton Waja, memaki pegawai polis itu dengan perkataan kesat.
Tidak cukup dengan itu, keluar seorang lagi wanita dari dalam rumah tersebut dan melakukan perkara serupa, lapor Berita Harian.
So disebabkan itu ketiga-tiga wanita tersebut ditahan atas sebab mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis.
Semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun ditahan pada 8.45 malam, Rabu lalu oleh pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan terbabit.”-Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin
Semua mereka kini direman selama tiga hari bermula semalam dan disiasat dibawah 3 seksyen iaitu :
Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat.