in

Tidur Lebih 9 Jam Setiap Hari Tingkatkan Risiko Diserang Strok?

Untitled Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada orang menganggap, dapat tidur nyenyak sebagai satu bentuk kemewahan hidup yang paling nikmat.


Hanya pada waktu tersebutlah, badan dan otak kita berupaya mendapat rehat yang secukupnya — setelah diletihkan dengan bebanan fizikal dan mental yang pelbagai rupa bentuknya.

Tapi tak semua dapat menikmati tidur yang sempurna, ada yang terpaksa bergelut mengerah keringat di kala semua yang lain sedang nyenyak. Ada banyak kajian yang dibuat mengenai tidur, dan apa kesan-kesannya kepada manusia sekiranya kita kurang atau terlebih tidur.

25

 

Dan dalam satu kajian baru dibuat mendapati, tidur melebihi tempoh 9 jam setiap malam atau tidur yang panjang pada waktu siang (nap) — boleh meningkatkan risiko seseorang individu itu diserang angin ahmar!

Science Daily melaporkan, Huazhong University of Science and Technology di Wuhan, China — telah melakukan kajian mengenai perkara ini selama enam tahun.

Kajian tersebut yang membabitkan 31,750 orang dewasa rakyat China berumur sekitar 62 tahun, juga telah diterbitkan baru-baru ini dalam sebuah jurnal perubatan American Academy of Neurology.

Istock 000054374962 Medium

Hasil penyelidikan itu mendapati, individu yang kerap tidur siang lebih 90 minit, adalah 25 peratus berisiko untuk mendapat serangan angin ahmar — berbanding mereka yang tidur siang selama setengah jam sahaja.

Dan semakin pendek tempoh tidur siang yang mereka ambil, maka risiko untuk mendapat serangan tersebut adalah semakin rendah.

Selain itu, kajian itu turut memaklumkan — mereka yang tidur lebih daripda 9 jam setiap malam, adalah 23 peratus berisiko mendapat serangan berbanding mereka yang tidur kurang daripada 8 jam.

Pengkaji juga melakukan penelitian terhadap kualiti tidur para responden, dan mendapati — mereka yang tidak mendapat tidur nyenyak dan berkualiti adalah 29 peratus berisiko untuk mendapat serangan strok.

 

Baca: “Saya tak mampu lagi” – Kerap Tidur Lewat & Banyak Beban Kerja Punca Kematian Pelakon Kacak, Godfrey Gao

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.