in

“Tidak pernah nampak kelibatnya” – Zalina Azman Dan Jiran Tidak Pernah Bertegur Sapa

Untitled Design 2022 07 20T102456.886

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman menggemparkan media tempatan.


Zalina yang merupakan pembaca berita dan pengacara program Money Matters itu dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu dan masih belum ditemui setakat ini.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bekas personaliti TV itu gagal dihubungi lima hari sebelum laporan dibuat selepas ahli keluarganya gagal menjejakinya.

1842862

“Mereka dapati kende­raan Zalina berada di tepi rumah de­ngan keadaan di dalam kediaman itu mendapati ia tidak tersusun.

Ditemui beg duit milik Zalina yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kunci dan wang tunai RM600. Bagaimanapun Zalina tidak dijumpai,” katanya.

Antara yang disiasat termasuklah, jirannya Mohammad Bokhari Sharif di Seksyen 3, Shah Alam yang juga pemilik pusat tahfiz, menurutnya dia tidak pernah bertegur sapa atau melihat kelibat Zalina walaupun pusat pengajiannya terletak bersebelahan dengan rumah mangsa.

“Kalau tak silap saya, kerja-kerja pengubahsuaian itu terbengkalai, beberapa bulan sebelum Zalina hilang,” jelasnya.

Semoga Zalina kembali ke pangkuan keluarga…

Baca: Tak Dapat Dikesan Sejak November 2021, Bekas Pembaca Berita TV3 Dilaporkan Hilang

Collage 35

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.