Kecoh mengenai berita kelihangan bekas personaliti TV3 yang dilaporkan ‘menghilang’ sejak November 2021.
Disebabkan ia menjadi tanda tanya rakan seperjuangan dan ramai pihak, ada pihak mendakwa mereka ternampak kelibat Zalina Azman di sebuah kafe dan baru-baru ini polis ada dedahkan rakaman CCTV kelibat wanita yang mirip dengan Zalina memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu.
Bukan Zalina Azman
Dalam rakaman itu, dilihat ada wanita memakai serba hitam masuk ke ruangan lobi sambil membawa 2 beg. Bagaimanapun pada waktu wanita tersebut berada di lobi kira-kira jam 1.35 tengah hari itu, tiada seorang kakitangan pun menyambut wanita itu.
@mstarmalaysia Ini rakaman CCTV kelibat wanita mirip Zalina Azman, sempat buka ‘mask’ depan kaunter hotel #beritaditiktok #mstar
Dalam rakaman yang berdurasi 42 saat itu, individu tersebut ada membuka pelitup mukanya seketika sebelum terus berjalan keluar meninggalkan hotel.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak mereka sudah semak identiti wanita terbabit dan dia merupakan seorang gelandangan, dia juga adalah orang yang sama berada di kafe yang digembar gemburkan itu, lapor mStar Online.
“Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah gelandangan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang.”
Baca : Tak Dapat Dikesan Sejak November 2021, Bekas Pembaca Berita TV3 Dilaporkan Hilang