in

“Tidak berkawan, tak semestinya memusuhi” – Ini Respon Fazura Bila Neelofa Ajak Berdamai

Ft Fazura Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan usahawan Neelofa mahu menamatkan persengketaan yang berlarutan selama 13 tahun bersama Fazura.


Memetik laporan mStar, Neelofa mengatakan bahawa dia juga bersedia untuk bersemuka dengan Fazura.

Artikel Berkaitan : “Saya tak pernah kata saya terpaling solehah” –  Fazura Jawab Dakwaan Pergi Kelab & Buka Tudung

Artikel Berkaitan : Terinspirasi Dari Hadis Nabi, Neelofa Beri Nama ‘Abdullah Abbas] Untuk Putera Kedua

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, Fazura menerusi Instagram miliknya ada muat naik sebuah video dari awal wawancara, saat dirinya tepalit dengan satu isu iaitu ketika dirinya memakai hoodie semasa melancong baru-baru ini.

Jika sebelum ini, kesemua wawancara dan video yang terpapar di media menunjukkan Fazura masih lagi ‘bertapis’, dalam video ini Fazura ada menyebut nama Neelofa yang sekaligus ia menjawab persoalan respon Fazura itu memang ditujukan kepada peminat Neelofa.

“Siapa selebriti tu? Oh, peminat Neelofa, jujur lah saya cakap, tak habis-habis lagi eh?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dalam pada itu, menerusi kapsyen untuk video tersebut, Fazura menegaskan bahawa dirinya bukanlah berniat untuk membuka aib mana-mana pihak. Namun kerap muncul anasir negatif ketika pelakon Gol & Gincu ini sibuk menguruskan kehidupan sendiri, keluarga dan kerjayanya.

“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu Faz baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri.”

“Sejujurnya Faz hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.”

Fazura juga memberikan penjelasan bahawa respon yang diberikan dalam wawancara itu adalah bagi menjawab persoalan yang timbul, namun begitu satu gambaran lain timbul apabila dirinya yang jadi penyebab.

“Respons Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya.”

“Untuk apa? Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk Faz memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Faz sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada Faz dan keluarga selama ini.”

Screenshot 2023 11 10 122649

Jelasnya lagi, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku tetapi sudah bertahun-tahun lamanya dia dan suami, Fattah Amin mangsa cacian dan fitnah kepada para peminat tegar seseorang artis.

Lebih mengecewakan Fazura, anaknya Fatima turut terheret menjadi mangsa cacian segelintir pihak.

“Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi Faz dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?”

Menjawab mengenai isu ‘Perang Dingin’, Fazura menepis dakwaan itu, malah Fazura juga tidak faham niat pihak tersebut. Tegasnya, dia berhak untuk menentukan siapa yang sesuai berkawan dengannya. Namun begitu, tidak semestinya perlu dimusuhi.

“Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.”

“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan.”

“Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat.. mudah-mudahan.. Aminnn.”

Sebelum ini, timbul satu spekulasi apabila ada kelab peminat selebriti terkenal memerli seseorang artis bertudung yang mengunjungi ke kelab malam dengan hanya memakai hoodie ketika melancong. Ramai yang meramalkan bahawa artis yang ditujukan itu merujuk kepada Fazura.

Sumber : mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.