in

“Tidak beretika” – Awesome TV Dakwa Tindakan Penggantungan MYTV Menyalahi Undang-undang

Syaz Ft 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV)  ialah syarikat penyiaran televisyen swasta Malaysia yang menyediakan televisyen terestrial digital percuma di negara ini dan merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.


Terbaru, MYTV mengumumkan saluran Awesome TV digantung penyiarannya di platformnya berkuat kuasa hari ini mulai jam 12.01 pagi.

Artikel berkaitan: Digesa Selesaikan Bayaran Tertunggak, Awesome TV Minta Menteri Jangan Masuk Campur

Artikel berkaitan: “Saya tak peduli mereka gam saya” – Pernah Ditawar RM500, Abon Kecewa Stesen TV ‘Pilih Bulu’?

Pun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, berkata tindakan syarikat itu adalah tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Menurut laporan Kosmo!, beliau berkata Awesome TV juga telah memfailkan permohonan semakan rayuan di mahkamah rayuan dan masih belum ada keputusan.

“Perkara ini mash di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir.

Oleh itu, tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Dato Adam Ilyas berkata  pihaknya turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dan masih menunggu keputusan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.