in

“Tiang gol hilang”- Ramai Tergelak Lihat Gelagat Cikgu-cikgu Lelaki Main Bola Jaring Sempena Hari Guru

Hari Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai pelajar yang sememangnya tak sabar menunggu Hari Guru disambut di sekolah mereka.


Selain tak perlu belajar pada hari tersebut, pelajar juga boleh melihat gelagat-gelagat lucu guru-guru mereka sebab lazimnya, pelbagai acara  akan diadakan pada hari itu.

Misalnya seperti guru-guru lelaki di sebuah sekolah ini apabila gelagat mereka bermain bola jaring ketika acara sukaneka hari guru telah menghiburkan para pelajar dan warganet.

13 1

Gelagat barisan guru lelaki bermain bola jaring iaitu sukan untuk wanita itu telah dirakam sebelum dikongsikan di platform TikTok oleh aaidaridz baru-baru ini.

Video gelagat guru-guru itu telah meraih hampir sejuta tontonan di TikTok.

@aaidaridz

Kisah seram pendek😆 Cgu Ahmad —> Cgu Max —> En.Jasran —> Cgu Ahmad —> Cgu mrj —> En.Jasran —> Cgu mrj……tiang hilang😭😂 #ceritakita #hariguru #sukaneka #netball #sukan #bolajaring #gurudanmurid #guru #hariguru2024 #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – AidaRidz – AidaRidz

Artikel berkaitan: “Menu paling rare!” – Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru

Artikel Berkaitan: “Sportingnya!” – Sambutan Hari Guru Tema ‘Airlines’, Cikgu Jadi Pramugari Tarik Perhatian Netizen

Dalam video yang berdurasi selama 26 saat itu, dapat dilihat terdapat dua pasukan sedang bertanding bola jaring iaitu pasukan biru dan pasukan hijau.

Pemain pasukan biru telah mendapat bola dan telah memasuki kawasan gol untuk cuba memasukkan bola itu ke dalam jaring golnya.

Namun, apa yang kelakarnya ialah, pemain pasukan hijau sepatutnya menghalang bola itu dari masuk ke dalam gol dengan menghulurkan tangan ke atas setinggi yang boleh namun, mereka kemudiannya cuba mensabotaj cubaan gol pasukan biru dengan membawa lari tiang gol tersebut keluar dari gelanggang.

Hari Guru

Gelagat ahli pasukan hijau itu telah menyebabkan ramai pelajar yang berada di sekeliling gelanggang untuk menonton perlawanan antara guru-guru lelaki itu ketawa besar kerana ramai tak sangka ia akan disabotaj dengan cara lucu seperti itu.

Cikgu-cikgu time hari guru memang ekstra sporting dan sempoi dari hari biasa kan. 

Sumber: TikTok @aaidaridz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.