in

“Sportingnya!” – Sambutan Hari Guru Tema ‘Airlines’, Cikgu Jadi Pramugari Tarik Perhatian Netizen

Kapal 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap sekolah yang menyambut Hari Guru pastinya mempunyai tema yang telah dipersetujui. Selalunya, para guru akan memakai baju seragam bersama-sama bagi meraikan hari istimewa tersebut.


Tular satu video di TikTok, sebuah sekolah rendah menyambut Hari Guru bertemakan syarikat penerbangan ataupun airlines. Video yang dimuat naik oleh @hernisazila di TikTok telah menarik perhatian netizen di platform tersebut.

Cikgu jadi pramugari 

Dapat dilihat dalam video tersebut, barisan para guru di sekolah itu dilihat keluar dari pintu replika kapal terbang. Replika tersebut diletakkan di belakang pentas perhimpunan lalu guru-guru akan berjalan menuruni tangga seakan-akan sedang turun daripada kapal terbang.

Artikel berkaitan: “Menu paling rare!” – Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru

Artikel berkaitan: “Bertuah cikgu dia!” – Ibu Bapa Bawa Anak Pergi Kedai Emas, Beli Gelang Sempena Hari Guru

Kemudian, mereka akan berjalan di atas karpet berwarna merah sambil dipertonton oleh para murid di sekolah tersebut. Apa yang menarik, kesemua guru wanita telah memakai baju kurung berwarna kuning mustard, berjalan sambil membawa bagasi.

Mereka turut melambai-lambai anak murid duduk di sekeliling bergaya seperti pramugari yang baru sahaja turun daripada kapal terbang. Selain itu, ada dua orang guru lelaki yang memakai baju juruterbang berjalan keluar daripada pintu tersebut.

@hernisazila

Hari guru 2024 . Tema Tiara 2 Airlines ✈️✈️✈️✈️✈️✈️#hariguru2024 #gurujauharidigitalaspirasinegaramadani #flywithus #malaysiaairlines #hariguru #CapCut #fypシ゚viral #jdt🔵🔴 #sktmr2 #tiktok #kamigurumalaysia #pilot #stewardess #fypシ #cikgusekolah

♬ original sound – Cik pOpO – Cik pOpO

Buat replika dalam masa 3 hari bekerja

Dalam video lain yang dimuat naik, pemilik video telah membalas pertanyaan netizen yang ingin tahu mengenai replika kapal terbang itu. Guru itu berkata, replika tersebut dibina oleh beberapa orang guru dan siap dalam masa tiga hari bekerja, selepas waktu persekolahan.

Kapal 7
Sumber: tiktok
Kapal 8
Sumber: tiktok

Replika kapal terbang itu dibina menggunakan dawai, papan, cat sembur dan beberapa lembar kain serta ditulis perkataan ‘TIARA 2’ di bahagian tepi pintu.

@hernisazila

Replying to @simply.me98 Tiga hari jgk kerja2 membuat replika kapal terbang ni . 😎✈️🖤#gurujauharidigitalaspirasinegaramadani #hariguru2024 #malaysiaairlines #hariguru #jdt🔵🔴 #sktmr2 #kamigurumalaysia #pilot #cikgusekolah #stewardess

♬ KAMI GURU MALAYSIA VIOLIN COVER BY AQMAL DANIEL – Aqmal Daniel

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat usaha para guru yang bersungguh-sungguh membuat replika kapal terbang tersebut.

Kapal 1 Kapal 2

Wah! Sporting semua cikgu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.