in

Tiada Tanda Amaran, Pemaju Didenda RM1,000 Selepas 2 Beradik Maut Rempuh Tong Roro

Pemaju Tong Roro Didenda Rm1000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh tong sampah roro yang berada di bahu jalan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh amat memilukan.

Tragedi berlaku pada Isnin ketika Muhammad Amirul Hazlin, 18 tahun dan adik bongsunya Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5 tahun dalam perjalanan menziarahi pusara bapa mereka.


Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di depan mata ibunya yang mengekori mereka dari belakang dengan menunggang motosikal lain.

Artikel berkaitan: “Saya tak kuat…” – Hilang Suami 10 Bulan Lalu, Kini Dua Anak Pula Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Ambil Upah Bersihkan Teres 2 Tingkat, Cleaner Kecewa Tuan Rumah Hanya Bayar Upah Separuh

461205238 991549736346465 7422496875883778692 N

Syarikat pemaju didenda RM1,000

Susulan kejadian itu, syarikat pemaju berkaitan dikenakan denda RM1,000 kerana gagal memasang tanda amaran berhampiran tong sampah roro yang diletakkan di laluan itu.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, syarikat terbabit sedang menjalankan kerja-kerja mencantas dahan pokok, namun tidak mematuhi peraturan dengan tidak menyediakan tanda amaran berhampiran tong roro tersebut.

“Hasil pemeriksaan pasukan penguatkuasa MBMB di lokasi mendapati hanya satu kon keselamatan diletakkan, tetapi tiada papan tanda amaran yang sepatutnya dipasang pada jarak yang sesuai dari tong roro itu,” katanya.

Jelasnya, pihak MBMB tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mengikut peraturan berkaitan penempatan tong roro atau sebarang halangan di tepi jalan tanpa tanda amaran yang jelas, kerana ia boleh mengundang risiko kemalangan.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.