in

“Tiada siapa yang dibenarkan dari bandar pulang ke kampung” – Datuk Seri Ismail Sabri Perjelas Isu Daftar Untuk ‘Pulang’

Kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mengumumkan mereka yang terkandas di kampung halaman dan berhajat untuk pulang ke ibu kota, kena membuat permohonan dekat PDRM.


Namun, ada segelintir pihak yang salah tafsir bahawa kita boleh ‘pulang’ ke kampung halaman. Susulan itu, menerusi Berita Harian, beliau perjelaskan sekali lagi bahawa…

“Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

 

Baca: Nak Balik Rumah Dari Kampung Halaman Boleh Hantar Permohonan Dekat PDRM

Pkp 6

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.