in

Nak Balik Rumah Dari Kampung Halaman Boleh Hantar Permohonan Dekat PDRM

Pkp 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk cuba keluar dari daerah atau negeri untuk balik kampung sepanjang musim PKP ni. Selepas 35 hari, ada pula yang cuba nak pulang ke KL balik siap ada bagi tips nak tipu polis lagi.


Jadi bagi membendung masalah ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada membuat kenyataan hari ini kepada mereka yang ingin pulang semula ke ibu kota boleh hantar permohonan kepada balai polis terdekat bermula 25 April ini.

Lapor Bernama, permohonan juga boleh dibuat melalui  secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

 

Masih dalam kajian

“Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian, jika pergerakan akan  bermula pun saya percaya mungkin selepas 1 Mei nanti…tak ada jaminan lagi, kerana setakat ini kita masih tunggu laporan  mulai 25 April ini sebab setiap laporan ke balai polis atau dalam talian pun akan bermula pada 25 haribulan.

Waktu itu kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya”

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 865 individu semalam dan daripada jumlah itu 732 direman manakala selebihnya telah dibebaskan dengan jaminan polis .

Jumlah kumulatif ingkar PKP sehingga semalam pula ialah 17,735.

 

Baca : “Jangan bangga” – Polis Tengah Cari Individu Yang Bagi Tips Tipu Polis Dekat Media Sosial

Polis

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.