in

TIADA RISIKO, Pesakit Covid-19 Tanpa Gejala Tak Boleh Jangkiti Orang Lain – Dr Hisham

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, kita memang dah tahu individu yang ada jangkitan virus Covid-19 ini boleh menjangkiti orang lain walaupun dorang tak tunjuk apa-apa gejala.


Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) juga memberitahu tempoh inkubasi selama 14 hari yang dikenali sebagai “presimptomatik” ini merupakan tempoh di mana seseorang yang dijangkiti itu boleh menularkan virus kepada orang lain sebelum gejala bermula, lapor The Star.

Download 24

Pun begitu, Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, individu yang dijangkiti Covid-19 tanpa gejala tak mempunyai potensi untuk jangkiti orang lain. Ini kerana, dorang mempunyai “muatan virus” yang rendah berbanding orang dengan gejala.

Bagaimanapun, individu yang dijangkiti Covid-19 ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkiti orang lain dua hari sebelum dorang tunjukkan apa-apa gejala.

Jadi kita perlu bezakan orang yang tanpa gejala kerana dorang tak ada masalah sebab tak boleh jangkiti orang lain. Tapi orang yang mempunyai gejala dan orang yang bakal mengalami gejala dua hari sebelum ini boleh menjangkiti orang lain.”

Nmmsiacovid2705

Tambah Dr Hisham, individu yang menunjukkan gejala, pada minggu pertama virus ini tersangat aktif untuk jangkiti orang lain tapi jika individu ini diasingkan selama lapan ke 10 atau 14 hari seperti yang kerajaan lakukan sekarang, purata untuk jangkitan menular boleh dikurangkan hingga hampir tiada.

Sebelum ini, Dr Hisham mengatakan yang pesakit Covid-19 dibenarkan keluar dari hospital selepas 14 hari walaupun ujian menunjukkan yang mereka masih lagi positif. Ini kerana, dorang tak boleh untuk jangkiti orang lain kerana keputusan positif tersebut hanya detect virus mati.

Walaupun sebelum ini pesakit hanya dibenarkan pulang selepas ujian dua kali menunjukkan negatif, selepas mendapat informasi dari WHO dan beberapa kajian dari negara lain, pesakit dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas 14 hari walaupun masih positif.

Apa-apa pun, kita harap gejala ni bakal berakhir tak lama lagi. InshaAllah.

 

Baca: COVID-19: Pertambahan 24 Kes Positif, Daerah Sepang Kini Zon Merah

Sepang Merah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.