Sebuah kejadian tembakan dan letupan bom telah berlaku di kawasan Sungai Golok, Thailand sehingga menyebabkan dua orang sukarelawan polis maut manakalan lapan lagi cedera.
Walau bagaimanapun, menurut pihak PDRM, tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau tercedera dalam kejadian tersebut, lapor Berita Harian.
Namun, empat warga Malaysia yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian terkejut mendengar bunyi letupan namun nasib menyebelahi mereka kerana tidak terlibat dalam kejadian terbabit.
Difahamkan, keempat-empat mereka ketika sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Rantau Panjang selepas selesai makan berbuka puasa di Sungai Golok.
Artikel Berkaitan: “Mangsa berada 10 meter dari lokasi” – Rakyat Malaysia Tercedera Dalam L*tupan Di Pattani
Artikel berkaitan: Artis Thailand Jadi Pilihan Untuk Ganti Penyanyi Asal Nyanyi Lagu ‘Bea Soba Bea Raya’
Menurut mereka, bunyi bom sangat kuat namun mereka bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.10 malam waktu Thailand (8.20 malam waktu Malaysia).
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati rakyat Malaysia untuk tidak berkunjung ke kawasan tersebut di Thailand untuk sementara waktu.
Sumber: Berita Harian